Skuad hoki wanita negara duduki tempat kelima Piala Asia B-18

Skuad hoki wanita negara duduki tempat kelima Piala Asia B-18

Skuad hoki wanita negara duduki tempat kelima Piala Asia B-18
PEMAIN hoki wanita B-18 negara meraikan jaringan ketika menang 4-0 ke atas Bangladesh, sekali gus menduduki tempat kelima Piala Asia B-18, hari ini. FOTO KHM

Kuala Lumpur: Skuad hoki wanita Bawah 18 Tahun (B-18) negara menamatkan saingan Piala Asia B-18 di Kakamigahara, Jepun di tempat kelima selepas menewaskan Bangladesh 4-0 dalam perlawanan penentuan tempat lima dan enam, hari ini.

Semua jaringan skuad negara terhasil menerusi gol padang apabila Nurfitrah Nadhia Shamsudin meledak dua gol sementara Nur Zariefah Dania Mazlan dan Nur Qashrina Azli melengkapkan kemenangan Malaysia.

Ketua jurulatih skuad wanita B-18 negara, Siti Amarina Ruhani memuji semangat juang anak buahnya untuk meraih kemenangan dan memperbaiki kedudukan dalam kejohanan itu.

Pada masa sama, dia mengakui skuad negara berdepan tentangan sengit daripada Bangladesh yang semakin meningkat.

“Perlawanan hari ini memang sangat penting kerana kami memerlukan kemenangan walaupun Bangladesh bukan pasukan yang boleh dipandang mudah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mesyuarat Bahagian Bukti Kekuatan Demokrasi UMNO Berteraskan Suara Rakyat


“Pada suku pertama dan kedua, kami sedikit tertekan kerana mahu mencari gol awal untuk mengganggu keyakinan mereka, Bangladesh memberi tekanan dan memperoleh beberapa peluang menerusi pukulan sudut penalti,” katanya.

Mengulas keseluruhan kempen, beliau menyifatkan keberanian pemain untuk bersaing di pentas antarabangsa sebagai aspek paling membanggakan.

Skuad hoki wanita negara duduki tempat kelima Piala Asia B-18


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Alwiyah Talib Kembali Ke UMNO, Tinggalkan Bersatu Serta Merta

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker