Aaron-Wooi Yik tewas mengejut di tangan beregu muda Indonesia
Aaron-Wooi Yik tewas mengejut di tangan beregu muda Indonesia

Kuala Lumpur: Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ke suku akhir selepas tewas kepada pasangan muda tuan rumah, Raymond Indra-Nikolaus Joaquin di pusingan kedua Terbuka Indonesia, sebentar tadi.
Meskipun turun selaku pilihan kedua kejohanan, Aaron-Wooi Yik seakan-akan hilang bisa apabila gandingan Raymond-Joaquin yang sedang meningkat naik dilihat lebih dominan dalam aksi kali ini, sekali gus memaksa mereka akur tewas 14-21, 14-21 dalam tempoh 33 minit.
Corak permainan agresif ditampilkan gandingan tuan rumah itu memerangkap beregu nombor dua dunia berkenaan apabila mereka kelihatan sukar mengikut rentak permainan pantas yang dipamerkan oleh Raymond-Joaquin.
Sementara itu, wakil perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao turut mengucapkan selamat tinggal selepas tewas kepada juara Terbuka Singapura 2025 dari Perancis, Alex Lanier dalam aksi straight set 16-21, 15-21 dalam tempoh 47 minit.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Penguasaan Media Sosial Penting Untuk Perkukuh Keyakinan Rakyat
- Aktiviti Mendaki Gunung Perlu Disertai Disiplin Dan Keselamatan – Mohamad Zaini
Mesyuarat Bahagian Bukti Kekuatan Demokrasi UMNO Berteraskan Suara Rakyat
Meskipun Jun Hao cuba memberi tentangan, lawan yang berada di ranking kelapan dunia itu lebih kemas ketika bertahan dan menyerang.
Selain itu, beregu muda negara, Kang Khai Xing-Aaron Tai turut gagal ke suku akhir apabila tewas kepada pasangan India, M R Arjun-Hariharan Amsakarunan di pusingan kedua.
Khai Xing-Aaron memenangi set pertama 21-16, namun momentum itu gagal dikekalkan apabila lawan bangkit memenangi dua set dan terpaksa akur tewas 15-21, 19-21 dalam tempoh 48 minit.
Aaron-Wooi Yik tewas mengejut di tangan beregu muda Indonesia
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pemuda UMNO Johor Seru Kuasai Naratif Ruang Digital Hadapi PRN
- Perjuangan BN Pastikan Kestabilan, Kemakmuran Bangsa Johor Terpelihara
- Farmasi Pandu Lalu Angkat Kualiti Hidup Rakyat Melaka – Ab Rauf
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Alwiyah Talib Kembali Ke UMNO, Tinggalkan Bersatu Serta Merta
You must be logged in to post a comment.