Pearly-Thinaah, Soon Huat-Shevon mara ke suku akhir
Pearly-Thinaah, Soon Huat-Shevon mara ke suku akhir

Kuala Lumpur: Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah menjadi wakil kedua negara mara ke suku akhir selepas menewaskan pasangan Taiwan, Hsu Ya Ching-Sung Yu Hsuan di pusingan kedua Terbuka Indonesia, sebentar tadi.
Kemenangan itu sedikit-sebanyak menceriakan kem negara selepas beberapa wakil terkandas di hari ini, termasuk sandaran utama beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik.
Turun selaku pilihan kedua kejohanan, Pearly-Thinaah hanya memerlukan 30 minit untuk mencatat kemenangan selepas mempamerkan permainan semakin positif berbanding sebelum ini.
Mereka mengimbangi tentangan lawan dengan baik sebelum memastikan kemenangan straight set 21-18, 21-19.
Namun, kemenangan itu tidak hadir dengan mudah apabila pasangan Taiwan memberikan tentangan sengit pada set pertama sehingga kedudukan terikat 15-15 sebelum Pearly-Thinaah mula mengawal permainan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Penguasaan Media Sosial Penting Untuk Perkukuh Keyakinan Rakyat
- Aktiviti Mendaki Gunung Perlu Disertai Disiplin Dan Keselamatan – Mohamad Zaini
Mesyuarat Bahagian Bukti Kekuatan Demokrasi UMNO Berteraskan Suara Rakyat
Momentum berkenaan diteruskan di set kedua apabila gandingan nombor dua dunia itu berada di hadapan dengan agak selesa di pertengahan permainan sebelum Ya Ching-Yu Hsuan bangkit menyamakan kedudukan 17-17.
Bagaimanapun, pengalaman dimiliki Pearly-Thinaah membantu mereka mengawal keadaan untuk menamatkan perlawanan.
Sementara itu, beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai meneruskan momentum cemerlang apabila menyingkirkan pasangan tuan rumah yang juga pilihan kelapan kejohanan, Jafar Hidayatullah-Felisha Alberta Nathaniel Pasaribu dalam aksi straight set 21-15, 21-19 dalam tempoh 41 minit.
Menurut Soon Huat, kunci utama kemenangan mereka adalah mengawal keseluruhan permainan dan memanfaatkan kesilapan lawan untuk meraih mata demi mata.
“Saya rasa hari ini kami berjaya mengawal rentak dan kelajuan permainan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rukun Negara Perlu Jadi Teras Politik Negara, Bukan Sekadar Slogan – Abdul Aziz
- UMNO Putrajaya Santuni Warga Ditimpa Ujian Kesihatan, Sumbang Katil Hospital
- UMNO Padang Besar Gesa Penubuhan MPPB, Yakin Jadi Pemangkin Ekonomi Kedua Perlis
Salbiah Turun Padang Ziarah Rumah Anak Yatim Terjejas Kebakaran
“Kami dapat menyesuaikan diri dengan keadaan gelanggang dan angin dengan baik. Selain itu, komunikasi antara kami berdua juga berjalan lancar hari ini,” katanya kepada BWF selepas tamat perlawanan.
Sementara itu, Shevon mengakui dia dan Soon Huat melalui tempoh sukar sejak beberapa minggu lalu selepas gagal mencapai keputusan diharapkan dalam dua kejohanan terdahulu.
Namun, kejayaan mara ke suku akhir Terbuka Indonesia memberi petanda positif mereka semakin kembali menemui rentak permainan dan keyakinan.
“Beberapa minggu kebelakangan ini memang sukar buat kami kerana belum dapat mengembalikan prestasi terbaik.
“Dalam dua kejohanan sebelum ini, kami tidak mencapai keputusan diharapkan, namun mara ke suku akhir minggu ini sangat bermakna kerana ia menunjukkan kami perlahan-lahan kembali mendapatkan rentak permainan dan keyakinan,” katanya.
Pearly-Thinaah, Soon Huat-Shevon mara ke suku akhir
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pemuda UMNO Johor Seru Kuasai Naratif Ruang Digital Hadapi PRN
- Perjuangan BN Pastikan Kestabilan, Kemakmuran Bangsa Johor Terpelihara
- Farmasi Pandu Lalu Angkat Kualiti Hidup Rakyat Melaka – Ab Rauf
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Alwiyah Talib Kembali Ke UMNO, Tinggalkan Bersatu Serta Merta
You must be logged in to post a comment.