Salah kiblat ketika solat, lakukan perkara ini

Salah kiblat ketika solat, lakukan perkara ini

Dalam sebuah video yang tular baru-baru ini menunjukkan sekumpulan lelaki sedang solat ditegur rakannya dek kerana tersalah kiblat. Kemudian kumpulan lelaki ini terus menamatkan solatnya sambil tertawa.

Persoalannya dalam situasi ini apakah yang perlu dilakukan, bagaimana kedudukan solatnya sama ada sah atau tidak jika disedari kiblatnya salah usai memberi salam dan adakah perlu diganti semula?



Menjawab persoalan di atas secara dasarnya menghadap kiblat ketika solat adalah salah satu syarat sah solat dan hukumnya adalah wajib. Ini bersandarkan kepada hadis Nabi s.a.w. yang bersabda,

“Apabila engkau hendak bersolat berwuduklah dengan sempurna, kemudian menghadaplah ke kiblat dan bertakbir” (HR Bukhari & Muslim)

Maksud menghadap kiblat ialah solat menghadap ke jasad kaabah dan orang yang berhampiran dengan kaabah wajib solat dengan menghadap jasad kaabah tersebut dengan yakin. Manakala bagi yang jauh dari kaabah mereka wajib menghadapnya berpandukan dengan petunjuk-petunjuk yang kukuh.

Menghadap kaabah itu hendaklah menghadap dengan dada bukan dengan kepala bagi orang yang solat dalam keadaan berdiri dan duduk.



Dan jika dia tinggal jauh dari kaabah seperti di Malaysia yang langsung tidak nampak di mana kedudukan kaabah yang sebenar, maka tidak menjadi masalah jika posisinya agak ke kanan atau ke kiri sedikit daripada kaabah kerana itu kesilapan yang tidak dapat dielakkan selagi mana ia tidak tersasar jauh dari arah kaabah yang sebenar.

Dalam menentukan arah kiblat yang tepat mazhab as-Syafie telah meletakkan kaedah yang utama mengikut turutan iaitu pertama mempunyai ilmu pengetahuan yang meyakinkan seperti melihat jelas kedudukan jasad kaabah dan jika dia seorang buta ia dapat memegang kaabah tersebut.

Kedua melalui perkhabaran dari seorang yang boleh dipercayai dengan pengetahuan yang dia ada. Manakala ketiga mengikut pintu ijtihad seperti menggunakan teknologi terkini seperti kompas, telefon pintar atau seumpama yang lain. Manakala yang akhir adalah bersandarkan kepada orang yang bertaqlid kepada ijtihad orang lain.

Apa perlu dilakukan?



Baik, apa yang perlu dilakukan jika melihat ada orang lain yang salah kiblat ketika dia sedang solat?

Pertama, bertindak melalui percakapan. Anda yakin dan sahih memang kiblatnya salah, maka anda boleh menegur secara umum dengan mengatakan “kiblat anda tersalah”

Kedua bertindak dengan melalui perbuatan iaitu mengalihkan badan orang yang sedang solat ke arah kiblat yang tepat.

Berdasarkan situasi di atas, maka jika tersalah kiblat ketika sedang solat sama ada orang yang ditegur oleh orang lain atau kita sendiri yang sedang solat lalu menyedari kekhilafan tersebut maka berdasarkan pandangan Imam as-Syafie terdapat dua kaedah yang boleh dilakukan iaitu:



Pertama mengakhiri solat dengan terus memberi salam (jangan sesekali mengakhiri solat tanpa salam atau terus tertawa seperti dalam video yang tular), dan kemudian memulakan kembali solatnya mengikut arah kiblat yang tepat.

Kedua, tidak perlu mengakhiri dan memulakan kembali solatnya, tetapi cukup hanya memalingkan badan ke arah kiblat yang tepat. Dan pendapat kedua ini adalah lebih tepat dan rajih dalam mazhab as-Syafie.

Perlu qada atau tidak?

Adapun sekiranya selepas solat dan kemudian barulah dia tersedar bahawa solat yang dilakukan tidak mengikut arah kiblat yang tepat maka dalam situasi ini terdapat dua pandangan iaitu pertama wajib diulang kembali solatnya berdasarkan pandangan dari Imam an-Nawawi. Itu kerana menghadap kiblat merupakan syarat sah solat.



Akan tetapi pandangan kedua dari Imam Abu Hanifah, Imam Malik dan Imam Ahmad bin Hanbal, tidak perlu diulang kembali kerana dia telah berijtihad dengan yakin arah kiblatnya sebelum menunaikan solat.

Pendapat kedua ini lebih rajih untuk diambli sebagai sandaran. Maka itu tidak perlu menggantikan solat jika dia telah selesai solat. Dan jika sedang solat maka dia boleh mengambil kaedah pandangan yang disebut di atas iaitu terus memalingkan tubuh ke arah kiblat yang tepat. Wallahu a’lam. Utv

Salah kiblat ketika solat, lakukan perkara ini

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tengku Fa-iz dilucutkan gelaran Tengku Mahkota Kelantan

Unsur ‘softporn’, Alya Iman dan Shukri ‘dibantai’ netizen

Fatiya Latiff dicium pula selepas dipeluk

SuriaFM dedah punca khidmat Tyzo ditamatkan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker