Rais Tunai Tanggungjawab, Puji Kelancaran Proses Pengundian
Rais Tunai Tanggungjawab, Puji Kelancaran Proses Pengundian

PAYA RUMPUT, 14 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang, Datuk Rais Yasin selesai menunaikan undi pagi tadi.
Dalam keadaan cuaca cerah, beliau tiba di pusat mengundi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dengan proses pengundian berjalan lancar.
Beliau merasakan perasan bercampur baur pada mulanya namun sedikit lega selepas selesai melakukan pembuangan undi.
“Alhamdulillah… saya baru sahaja selesai membuang undi bersama isteri. Suasana pagi ini sangat tenang dan orang Melaka berada dalam keadaan baik. Tiada sebarang insiden, semuanya berjalan lancar.
“Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua petugas, terutama SPR dan seluruh kakitangan yang bekerja keras memastikan proses pengundian hari ini berjalan dengan lancar,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Manifesto BN Melaka Inklusif, Rangkumi Kepentingan Semua Kaum
- Zambry Persoal Sikap Dap… Jangan Pertikai Hak Perlembagaan Rakyat
- Teruskan Gelombang Biru, Trek Rekod Jadi Bukti
PRN Melaka Cerminan Usaha Birukan Negara Pada PRU16 – Ahmad Zahid
Mengulas pengalaman pertama mengundi dalam suasana kerjasama politik berbeza berbanding pilihan raya lalu, Rais berkata beliau tidak berasa kekok kerana kerjasama strategik berkenaan sudah diketahui sejak awal.
“Beliau memahami matlamat dan hala tuju kerjasama tersebut, justeru perkara paling penting adalah terus berpegang kepada pendirian serta prinsip yang telah ditetapkan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Rais turut menggesa pengundi di seluruh Melaka, supaya keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing lebih awal berikutan keadaan cuaca yang berpotensi berubah pada sebelah petang.
“Saya telah meminta semua pengundi negeri Melaka supaya keluar mengundi awal. Jentera juga perlu memastikan pengundi masing-masing keluar menunaikan tanggungjawab. Kalau boleh, selesaikan sebelum waktu Zuhur.
“Saya rasa itu lebih baik kerana kita tidak tahu keadaan cuaca pada sebelah petang. Kita doakan semuanya berjalan dengan baik dan proses pengundian hari ini dipermudahkan,” ujarnya. – UMNO Online
Rais Tunai Tanggungjawab, Puji Kelancaran Proses Pengundian
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Akmal Selesai Mengundi, Seru Rakyat Melaka Tunaikan Tanggungjawab
- Pusat Pengundian Dibuka, Ruang Rakyat Melaka Serah Mandat
- Selamat Mengundi Warga Melaka!
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PRN Melaka: Tunai Kewajipan, Hargai Kelancaran Proses – Ab Rauf
You must be logged in to post a comment.