Pembantu rumah Elvina lari, curi duit, telefon bimbit

Pembantu rumah Elvina lari, curi duit, telefon bimbit

Aktres Datin Elvina Mohamad berang apabila seorang pembantu rumahnya mencuri sejumlah wang tunai dan sebuah telefon bimbit sebelum melarikan diri daripada rumah semalam.

Menurut Elvina atau Norzalina Mohamad, 30, bukan sahaja mencuri barangaan berharga, pembantu rumah tersebut juga sanggup melarikan diri dan meninggalkan anaknya yang baru berusia sembilan bulan seorang diri di rumah.



“Pada 18 Januari (semalam), pembantu rumah saya lari meninggalkan anak saya berumur sembilan bulan seorang diri dan telah membawa sejumlah wang tunai serta telefon bimbit berjenama iphone.

“Mungkin ada barang lain yang diambil tetapi kami belum kenal pasti. Sekiranya sesiapa menemui individu tersebut, tolong hubungi kami,” katanya dalam Instagram hari ini.

Pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu turut menzahirkan rasa kecewa dengan tindakan tidak bertanggungjawab sebegitu kerana telah memberi layanan baik sepanjang individu tersebut bekerja dengannya.

“Baru-baru ini dia beritahu tidak pernah menyambut hari lahir. Disebabkan dia teringin, saya dan suami belikan sebiji kek dan makanan yang dia mahukan.



“Dia juga minta telefon bimbit sebab katanya telefon kepunyaannya sudah rosak.

“Kesimpulannya, buat baik macam mana pun, mereka akan tetap buat perangai. Geramlah!” katanya lagi.

Berkongsi lanjut, dia juga mengesyaki wanita berkenaan sudah lama merancang untuk melarikan diri dan mengambil barang peribadi anaknya itu.

“Geram betul rasanya. Pernah dengar dia tanya kata laluan telefon Karl (anak) untuk bantu buka. Rupa-rupanya sudah ada agenda.



“Dalam rumah ini ada dua pembantu rumah. Tugas dia hanya jaga dan basuh baju Maleeq (anak) sahaja, kerjanya tidak berat pun,” ujarnya.

Sementara itu, dia juga pernah melihat wanita berkenaan tidak menjalankan tugas dengan baik menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dalam rumahnya.

Meskipun sudah cuba menjaga kebajikan pekerjanya itu, dia tetap tidak menyangka wanita tersebut sanggup meninggalkan rumah mereka dengan cara sebegitu.

“Apabila saya tiada di rumah dan periksa CCTV dia sibuk berkaraoke, main TikTok dan main telefon manakala anak pula dibiarkan sendiri. Apabila ditegur barulah dia buat kerja tetapi mata jeling pada CCTV.



“Ketika awal bekerja, buat cerita sedih beritahu susah hendak hubungi anak di kampung. Suami saya berikan duit supaya anak dia dapat beli telefon dan mereka boleh buat panggila video,” kongsinya.

Untuk info, Elvina mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk Haniff Borhan pada 18 Mac 2018.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua anak lelaki, Karl Mateen, 5, dan Ean Maleeq kini berusia sembilan bulan. K Online

Pembantu rumah Elvina lari, curi duit, telefon bimbit



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fasha terbuka dengan adegan ranjang jika jadi ‘kegemaran’ penonton



Fatiya merepek, suami Heliza nafi dakwaan jual rumah

Lan Pet Pet dedah persepsi bersengketa dengan Senario

Hero Aquaman, Jason Mamoa hidup gelandangan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker