Dah tahu harga, makan juga, lepas itu tularkan
Dah tahu harga, makan juga, lepas itu tularkan
LANGKAWI: Pemilik restoran di Pantai Chenang di sini yang didakwa mengenakan caj RM20 untuk sepiring ayam goreng kunyit mempersoalkan tujuan sebenar pelanggan terbabit menularkan perkara itu.
Zulfan Bustami, 43, berkata ketika mengambil pesanan pelanggan wanita terbabit pekerjanya sudah menunjukkan buku menu dan tertera dengan jelas harga ayam goreng kunyit adalah RM20.
“Dia sendiri lihat harga (makanan) dalam buku menu ketika buat pesanan, masa bayar di kaunter tak cakap apa pun sebelum berlalu pergi, kemudian tularkan di media sosial yang mengundang persepsi negatif, apa motif?
“Saya tiada di restoran ketika kejadian, cuma tahu perkara itu selepas dimaklumkan pekerja mengenai gambar makanan dan resit berjumlah RM24 tular di media sosial,” katanya ditemui hari ini.
Zulfan berkata, dia mengesyaki perkara itu tidak ditularkan pelanggan sendiri, sebaliknya oleh orang kedua sama ahli ahli keluarga atau rakannya yang mahir dalam penggunaan media sosial.
“Semakan mendapati pelanggan terbabit datang ke restoran pada Sabtu bersamaan tarikh resit bayaran dan gambar makanan, manakala gambar kedai yang ditularkan itu pula diambil pada keesokannya (Ahad).
“Pelanggan terbabit adalah orang tempatan dan sepatutnya dia sedia maklum harga makanan di sekitar Pantai Chenang tinggi sedikit berbanding kawasan lain, ini disebabkan kadar sewa kedai juga tinggi di kawasan ini,” katanya.
Peniaga itu berkata, saiz hidangan ayam goreng kunyit berharga RM20 itu juga sesuai dimakan dua orang kerana menggunakan 160 gram isi ayam, sayur, karot, salad, kacang panjang dan bawang Holland.
“Saya telah berusaha menghubungi pelanggan terbabit menerusi ruangan sembang Facebook secara ‘messenger’ untuk berbincang, pada masa sama sedia berjumpa dan memohon maaf atas kejadian itu, tapi dia mengelak.
“Kedai saya juga sudah dikunjungi penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk melakukan pemeriksaan dan menyerahkan notis kira-kira 12 tengah hari semalam,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah, Affendi Rajini Kanth mengesahkan pihaknya telah melakukan pemeriksaan dan menyerahkan notis kepada peniaga terbabit.
“Satu Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) telah dikeluarkan kepada pemilik restoran itu bagi mendapatkan maklumat penyediaan kesemua menu yang dipesan pengadu.
“Notis itu dikeluarkan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan pemilik diberikan tempoh dua hari bekerja untuk menjawab notis berkenaan,” katanya ketika dihubungi.
Semalam, media melaporkan seorang pelanggan membuat hantaran di Facebook melahirkan rasa tidak puas hati apabila dikenakan caj RM20 untuk sepinggan hidangan ayam goreng kunyit ketika makan di sebuah restoran di Pantai Chenang, Langkawi. BH
Dah tahu harga, makan juga, lepas itu tularkan
Baca Artikel Menarik:
- Bukan tugas pendakwa raya beritahu tuduhan difail atau gugur
- Chef Wan nafi pekerja dianiaya
- Muay Thai lebih ‘real’ berbanding silat – Johan Ghazali
- Pelancong Langkawi mengamuk ayam goreng kunyit RM20
- Biden semakin hilang sabar dengan Netanyahu
- Shiera harap kepulangan Tyzo
- Lima lelaki terkaya di dunia nikmati kekayaan berganda sejak 2020 – Oxfam
- Noh serah Musa kepada Mizz Nina
- Acah-acah cakap Melayu untuk dapat tiket harga warganegara
- Puchong Prima 3 digemparkan dengan bunyi tembakan polis dengan penjenayah [VIDEO]
- Noh jawab tuduhan culik, Mizz Nina sukar berbincang
- Tyzo disambar Suhaimi Sulaiman
- Chong Wei ‘belasah’ pemain bercuti ke luar negara menjelang Terbuka Malaysia
- Kerja bank konvensional haram?
- ‘Rasuah’ KFA: Ini pendedahan Sanusi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET