Ganti DJ 2 minggu tanpa gaji, alasan nak ‘test’ (Video)

Ganti DJ 2 minggu tanpa gaji, alasan nak ‘test’ (Video)

Politik radio kejam! Itulah yang dikongsi pelawak dan penyampai radio Azrul Raja Lawak yang pernah mengalami pengalaman serupa

Pelawak ini tertarik untuk berkongsi pengalaman selepas kecoh isu penyampai radio Suria FM, Tyzo yang tak disambung kontrak dikatakan kerana penganiayaan.



Kata Azrul, dia pernah menerima ‘kejutan’ dipanggil ke bilik pejabat dan diberitahu hari itu hari terakhir dia bertugas.

Dia juga pernah menggantikan seorang DJ yang baru meninggal dunia secara tiba-tiba selama dua minggu.

Bila selesai tugas, manager radio memaklumkan Azrul tak menerima bayaran di atas alasan hanya mahu ‘test’.

“Eh tak ada payment, ini aku saja nak test kau je,” katanya. Sedangkan kita dah biasa buat ‘weekend’ di stesen radio tu.



Ada juga stesen radio yang memanggil penyampai dalam kalangan selebriti untuk menaikkan rating stesen radio.

Apabila mencapai target pendengar, Azrul diberitahu dia perlu berhenti kerana radio tak ada ‘bajet’ nak membayar penyampai.

Dedah Azrul, perkara ini biasa berlaku kepada kebanyakan penyampai-penyampai radio yang lain juga. Tengah sedap bekerja, tiba-tiba kontrak ditamatkan 24 jam.
Kredit: TikTok @azrul_rajalawak



Ganti DJ 2 minggu tanpa gaji, alasan nak ‘test’ (Video)

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lagu itu Awie tujukan kepada saya – Erra Fazira



“You need help’ Fatiya – Zarina Anjoulie

Gajah bergaduh di Jalan Jeli-Gua Musang



Saya tak ‘demand’ – Anne Ngasri



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker