PM France lantik ‘suami’ jadi Menteri Luar

PM France lantik ‘suami’ jadi Menteri Luar

PARIS – Perdana Menteri Perancis, Gabriel Attal melantik ‘suaminya’ Stephane Sejourne sebagai Menteri Luar negara berkenaan semalam, lapor portal berita RT.
ADVERTISEMENT

Pelantikan Sejourne dibuat selepas Attal, 34, dilantik oleh Presiden Emmanuel Macron sebagai Perdana Menteri paling muda dalam sejarah Perancis pada Selasa lalu.



Sejourne, 38, mengetuai Pari Renaissance yang turut dianggotai oleh Macron. Beliau menggantikan Catherine Colonna dalam rombakan Kabinet berikutan peletakan jawatan Perdana Menteri, Elisabeth Borne pada Isnin lalu.

Sejoune menyertai pasukan Macron sehingga beliau memenangi pilihan raya Presiden Perancis pada 2017.

Attal sebelum ini berkhidmat sebagai Menteri Pendidikan dan pernah menjadi jurucakap Parti Renaissance yang sebelum ini dikenali sebagai La Republique en Marche pada 2018.

Beliau menyertai pasukan Macron selepas dua tahun meninggalkan Parti Sosialis.



Attal dan Sejourne menjalin hubungan secara rasmi pada 2017 dan mengumumkan secara terbuka hubungan mereka setahun kemudian. K Online

PM France lantik ‘suami’ jadi Menteri Luar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Perang Fatiya, Anju makin panas

Hati dia busuk sangat – Zarina Anjoulie



Gajah bergaduh di Jalan Jeli-Gua Musang

Ketua Polis Negara: “Kalau jumlah cukup ketua parti dah menghadap Agong”



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker