Sanusi menghadap SPRM berkait isu rasuah RM6 juta

Sanusi menghadap SPRM berkait isu rasuah RM6 juta

Menteri Besar Sanusi Nor hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya, untuk memberi penjelasan lanjut berhubung isu rasuah lebih RM6 juta membabitkan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Sanusi yang juga presiden KFA tiba kira-kira 8.30 pagi dan sehingga kini, proses mengambil keterangannya masih berjalan, lapor Utusan Malaysia.



Pada 9 Jan lalu, media melaporkan menteri besar sebuah negeri di utara akan dipanggil SPRM berkait isu rasuah lebih RM6 juta melibatkan persatuan bola sepak.

Sumber berkata, siasatan kes rasuah itu dijalankan SPRM selepas menerima laporan daripada kontraktor yang sebelum ini dijanjikan mendapat projek di negeri berkenaan jika menyalurkan dana ke akaun persatuan bola sepak tersebut.

“Berdasarkan siasatan, terdapat individu penting berjawatan tinggi di kerajaan negeri dan di persatuan bola sepak berkenaan yang berjanji akan memberikan projek-projek pembinaan dan perkhidmatan sebagai balasan kepada kontraktor yang menyumbang dana.

“Namun, selepas kontraktor-kontraktor ini menyalurkan dana ke akaun persatuan bola sepak berkenaan, mereka tidak menerima sebarang projek sebagaimana dijanjikan individu terbabit,” katanya.



Sumber berkata, kontraktor yang merasakan ditipu membuat laporan kepada SPRM atas penawaran projek dijanjikan kepada mereka oleh individu berkenaan.

Pada 5 Jan lalu, ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah persatuan bola sepak negeri di utara antara empat ditahan SPRM bagi membantu siasatan kes rasuah RM6 juta pada 2020.

Keesokannya Naib Presiden KFA, Radhi Mat Din, mengesahkan CEO persatuan itu, Zulkifli Che Haron direman badan antirasuah tersebut.

Sanusi pada 8 Jan lalu berkata, beliau sasaran “sebenar” siasatan SPRM ke atas kes rasuah membabitkan KFA.



Beliau mendakwa, individu ditahan bagi membantu siasatan kes rasuah RM6 juta pada 2020 itu sekadar “aksesori” kerana dirinya sasaran sebenar “mereka” mahu kaitkan.

Namun, beliau tidak menjelaskan “mereka” yang dimaksudkan ya. FMT

Sanusi menghadap SPRM berkait isu rasuah RM6 juta

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rosyam saran buka rumah pelacuran untuk warga asing

Nabila Huda mengamuk, mahu dedah semua kejahatan



Saiful Apek beri nasihat makan dalam semasa ziarah jenazah arwah Hamdan (Video)

Shuib selamatkan Ajak terkandas di pulau dengan helikopter



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker