Kami belum mandi – Pelajar UMS beritahu Zambry (Video)

Kami belum mandi – Pelajar UMS beritahu Zambry

KOTA KINABALU: Menteri Pendidikan Tinggi yang baharu Datuk Seri Zambry Abd Kadir menerima sambutan unik daripada pelajar dalam lawatan kerjanya yang pertama ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini.

Berbeza dengan sambutan biasa, pelajar-pelajar ini menzahirkan kesusahan mereka dengan menunjukkan kadbod untuk memberitahu masalah mereka di kampus berikutan masalah air.



Kumpulan tersebut juga menyanyikan lagu sebagai permohonan maaf kepada Zambry kerana mereka tidak dapat mandi semasa menyambut rombongan tersebut.

Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Mustapha Sakmud, dan Naib Canselor UMS, Datuk Kasim Mansor.

Difahamkan Jabatan Air Negeri menghantar bekalan menerusi lori tangki ke kampus tetapi masih tidak mencukupi.

Tahun lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju memberikan peruntukan sebanyak RM3 juta kepada UMS bagi menyelesaikan masalah air di kampus itu.



Sementara itu seorang pelajar yang ditemui berkata, mereka berharap dapat maklumat jelas mengenai bagaimana wang tersebut digunakan dan kemajuan projek setakat ini.

“Selain itu, bagi pihak pelajar, kami ingin yuran penginapan dikurangkan disebabkan gangguan bekalan air,” katanya.

Dalam pada itu, Zambry mengumumkan peruntukan tambahan RM2 juta untuk penyelesaian jangka pendek untuk menyelesaikan isu tekanan air rendah dan sistem telaga paip. BH

Kami belum mandi – Pelajar UMS beritahu Zambry



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Restoran Pak Mat Western kena kecam (Video)



As’ad Motawh anggap sekolah hanya buang masa (Video)

Kenapa Dr. Zulkifli memilih perkhidmatan Starlink?



Perbualan Whatsapps pemain TRW tersebar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker