Mereka mula goyang dengar nama Malaysia

Johan dan Aliff mula cetus gerun lawan.

Mereka mula goyang dengar nama Malaysia

Sebut saja dari Malaysia sudah pastinya lawan di kejohanan One Championship mula ‘goyang’ selepas mengetahui terdapat petarung tumbang hanya dalam tempoh beberapa saat disebabkan penangan wakil negara.

Menurut atlet muay thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib, wakil negara di pentas One Championship bukan lagi picisan dengan masing-masing memegang reputasi besar dengan berpeluang bergelar juara di kejohanan terbabit.



Aliff yang mula berjinak dengan sukan muay thai sejak berusia lima tahun berkata, walaupun berhadapan pelbagai rintangan dan cabaran namun wakil negara tetap berusaha keras meraih kejayaan demi mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia.

Anak bekas peninju negara Rakib Ahmad itu berkata, di amula menyertai kejohanan terbabit pertengahan tahun lalu dan hasil usaha kerasnya berbaloi apabila meraih kontrak One Championship bernilai AS$100,000 (RM469,000).

“Sekarang ini saya berada di ranking keenam dunia dan mengharapkan akan meraih lebih banyak kejayaan terutamanya pada penyertaan seterusnya pada Februari depan apabila berdepan juara WBC.

“Kejayaan ini bukan mudah kerana banyak halangan dan rintangan perlu dilalui terutamanya perlu mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk menyertai kejohanan itu.



“Namun, alhamdulillah, setiap pengorbanan akhirnya terbayar apabila memperoleh kontrak daripada One Championship tahun lalu.

“Sasaran saya seterusnya adalah untuk menempah tiket ke kejohanan dunia pada tahun ini sekali gus berhadapan dengan lawan lebih hebat dan berpengalaman,” katanya yang kini berada di Kota Bharu sebelum berlepas ke Bangkok, Thailand.

Sementara itu, bintang muda muay thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar atau lebih dikenali sebagai Jojo menyimpan Impian mahu meletakkan dirinya sebaris dengan jaguh dunia yang lain.

“Sudah tentu saya mahu menjadi nombor satu dunia dalam kategori yang saya sertai (flyweight). Saya mahu menjadi terkenal di seluruh dunia seperti Ronaldo kerana dia adalah GOAT.



“Kalau tidak mahu menetapkan sasaran menjadi nombor satu dunia, lebih baik saya tidak teruskan dalam sukan muay thai ini,” katanya.

Jelas Johan, dia menyasarkan untuk bertarung dalam empat atau lima perlawanan bagi musim 2024 dalam saingan One Championship dalam usaha melonjakkan lagi namanya di pentas dunia. HM

Mereka mula goyang dengar nama Malaysia

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rita Rudaini kecam ibubapa T20, nak susah hantar rumah kebajikan

Aidil jangan berangan nak jumpa anak – Rita Rudaini



Shamsul Ghau Ghau jual rumah, guna wang simpanan RM300,000

Adegan ‘aiskrim’ Amir Ahnaf kecoh di TikTok, tuan badan akhirnya mohon maaf



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker