Sanusi yakin kerajaan Anwar akan tumbang

Sanusi yakin kerajaan Anwar akan tumbang

Pengarah Pilihan Raya PN, Muhammad Sanusi Md Nor, mengakui mereka sentiasa mencuba untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada dan menganggap langkah tersebut seperti menjaringkan gol dalam perlawanan bola sepak.

Bercakap kepada media di Alor Setar hari ini, Menteri Besar Kedah itu berkata, kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim memang boleh ditumbangkan melalui “proses demokrasi” seperti yang dibenarkan dalam perlembagaan.



Merujuk kepada tindakan kerajaan menerima sokongan lima ahli parlimen PN baru-baru ini, Sanusi berkata, langkah tersebut digambarkan sebagai mengikut perlembagaan.

Justeru, katanya, tindakan PN menarik sokongan ahli parlimen dari BN dan PH juga boleh dianggap sama.

“Kalau (kerajaan) boleh ambil lima, jika kita ambil sepuluh (sokongan ahli parlimen kerajaan), takkan mereka marah? Tentulah boleh.

“Kita (PN) sentiasa mencuba, manakala pihak satu lagi sentiasa bertahan. Macam lawan bola, takkan mereka saja nak score, kita pun nak score juga,” kata Sanusi.



Dia yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat berkata demikian sebagai mengulas pertanyaan tentang gerakan menggulingkan kerajaan – digelar sebagai Langkah Dubai – yang didakwa didalangi beberapa pemimpin PN serta ahli parlimen kerajaan dari ibu kota Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini.

PN dan beberapa ahli parlimen BN yang didakwa dekat dengan pembangkang juga menafikan mereka terlibat dalam gerakan tersebut.

Kata Sanusi, kerajaan menggunakan peluang daripada kelompongan akta antilompat parti semasa menerima sokongan ahli parlimen PN bagi kawasan Kuala Kangsar, Labuan, Gua Musang, Jeli dan Bukit Gantang.

“Saya rasa apa-apa (langkah) yang dibenarkan Perlembagaan Persekutuan boleh dijalankan,” katanya.



Menurut Sanusi lagi Langkah Dubai itu sebenarnya lebih sesuai digelar sebagai ‘Langkah Chow Kit’ kerana perbincangan menjatuhkan kerajaan sebenarnya sudah berlangsung sejak di Kuala Lumpur.

“Bukan Langkah Dubai, tapi Langkah Chow skit, pasal (perbincangan) dibuat di Kuala Lumpur.

“Saya rasa Dubai itu cuma dummy (helah) saja, sebab ramai orang pergi ke Dubai (bercuti),” kata Sanusi dalam nada bergurau.

Bagaimanapun, Sanusi enggan memberikan pengesahan ketika diminta mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu.



Dia kemudian menegaskan keyakinan kerajaan perpaduan tidak boleh bertahan sehingga tamat penggalnya atau sehingga pilihan raya umum ke-16 diadakan.

“InsyaAllah berlaku, saya yakin akan berlaku dan kerajaan hari ini tidak akan bertahan selama lima tahun,” tegasnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Alor Setar Afnan Hamimi Taib Azamudden memberitahu Malaysiakini, sebarang langkah untuk menggulingkan kerajaan tidak perlu diadakan di luar negara seperti Dubai, malah perkara itu juga boleh dibuat di Chow kit sahaja.

“Tak perlu pergi jauh-jauh untuk ubah kerajaan, dekat Chow Kit pun boleh, depan Sogo (Kompleks beli belah) pun boleh, Dataran Merdeka pun boleh.



“Itu semua diajar oleh PMX (Anwar) kepada kami satu masa dulu,” katanya yang juga bekas setiausaha politik Sanusi. Mk

Sanusi yakin kerajaan Anwar akan tumbang

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Adegan ‘aiskrim’ Amir Ahnaf kecoh di TikTok, tuan badan akhirnya mohon maaf

Suami isteri merupakan guru dan doktor ditemui mati di kondominium

Suami tak sedar diri ambil harta saya beri perempuan lain – Hajar (Video)

Pak belang muncul di Jalan Kuala Balah-Dabong

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker