Langkah Dubai, J-Kom perlu dirombak

Puad Zarkashi mempersoalkan keperluan timbalan ketua pengarah J-Kom memainkan isu ‘Langkah Dubai’.

Langkah Dubai, J-Kom perlu dirombak

Seorang pemimpin Umno menggesa Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) di bawah Kementerian Komunikasi dirombak secara menyeluruh selepas agensi itu mendakwa wujud “Langkah Dubai”.

Minggu lalu, Timbalan Ketua Pengarah J-Kom, Ismail Yusop mendakwa wujud “Langkah Dubai” ketika percutian pemimpin Perikatan Nasional (PN) di Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini.



Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Puad Zarkashi menyifatkan dakwaan Ismail “cetek” dan menyebabkan kerajaan menjadi defensif susulan beberapa nama dalam kerajaan disebut-sebut terbabit dalam gerakan itu.

“Apa keperluan timbalan KP J-Kom mainkan isu Langkah Dubai? Imej J-Kom makin merudum selepas kontroversi bekas ketua pengarahnya, Agus Yusoff dan pembantu beliau, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani.

“Maka, amat wajar J-Kom dirombak secara menyeluruh, ‘rebranding total’ dan dipimpin oleh mereka yang lebih kompeten,” katanya di Facebook.

Sebelum ini, Ismail dilaporkan mendakwa gerakan menumbangkan kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim di Dubai turut membabitkan tokoh politik veteran berpengaruh yang bergelar Tun menggunakan dana asing.



Pertemuan itu didakwa bertujuan membahagikan tugas kepada “ejen” untuk mengenal pasti Ahli Parlimen yang boleh menukar sokongan kepada pembangkang bagi membentuk kerajaan baharu.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi dilaporkan berkata, beliau tahu mengenai “Langkah Dubai” sebelum individu terbabit mendarat di bandar raya itu, tetapi enggan mendedahkan nama individu berkenaan.

Kelmarin, Ahli Parlimen Lipis, Abdul Rahman Mohamad membuat laporan polis berhubung tuduhan beliau bersubahat dengan pembangkang dalam usaha menjatuhkan kerajaan.

Timbalan menteri sumber manusia itu berkata, tuduhan jahat beliau terlibat “Langkah Dubai” sengaja direka untuk menimbulkan polemik dan mencetuskan kegelisahan rakyat. FMT



Langkah Dubai, J-Kom perlu dirombak

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kes guru dicerai suami kerana ‘gagal bertukar’, KPM hentikan penempatan ‘paksa’ – Pakar Pendidikan



Polis buru samun ‘ala mafia’ di Klang [VIDEO]

Ini sebab mengapa MRSM dan SBP perlu dihadkan untuk tingkatan 4 dan 5 – Majlis Profesor Negara



Meerqeen, Anna kekal tersenarai 100 wajah terkacak, cantik di dunia



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker