Dikejar polis, lelaki bermotosikal rempuh kerusi meja depan kedai makan

Dikejar polis, lelaki bermotosikal rempuh kerusi meja depan kedai makan

KLANG: Panik dikejar polis, seorang penunggang motosikal nekad merempuh kerusi dan meja di hadapan kedai makan di Persiaran Raja Muda Musa, Pelabuhan Klang.

Kejadian awal pagi Isnin itu tular di media sosial, dengan polis turut membuat laporan untuk siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata kejadian jam 3 pagi, ketika Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik menjalankan Operasi Ambang Tahun Baharu 2024.

Katanya, anggota ditempatkan di persimpangan tertentu bagi tujuan penutupan jalan supaya kumpulan samseng jalanan tidak dapat meloloskan diri.

“Semasa serbuan dijalankan terdapat samseng jalanan bersaing semasa sendiri untuk menguji kelajuan motosikal masing-masing, dan kemudiannya cuba melarikan diri daripada ditahan.

“Sebuah motosikal jenis Yamaha Y15 ditunggang laju dan berbahaya oleh seorang lelaki cuba dihalang, namun dia berjaya meloloskan diri.



“Penunggang tersebut turut merempuh kerusi dan meja pelanggan yang berada di hadapan sebuah restoran,” katanya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta tampil membantu siasatan. BH

Dikejar polis, lelaki bermotosikal rempuh kerusi meja depan kedai makan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kes guru dicerai suami kerana ‘gagal bertukar’, KPM hentikan penempatan ‘paksa’ – Pakar Pendidikan

Polis buru samun ‘ala mafia’ di Klang [VIDEO]



Ini sebab mengapa MRSM dan SBP perlu dihadkan untuk tingkatan 4 dan 5 – Majlis Profesor Negara

Meerqeen, Anna kekal tersenarai 100 wajah terkacak, cantik di dunia



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker