Guru bercerai kerana duka lara

PUNCA perceraian melibatkan banyak faktor namun pasangan guru berjauhan adalah salah satu perkara yang perlu diberikan perhatian.

Guru bercerai kerana duka lara

SAUDARA PENGARANG,

KONGRES Kesatuan Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (Kongres) menggesa pihak Kementerian Pendidikan mengambil tindakan proaktif bagi menangani isu guru duka lara sebagaimana yang dilaporkan pada 30 Disember 2023.



Pihak Kongres mengambil maklum bahawa kesan guru duka lara ini membawa kepada isu-isu perceraian dan menjejaskan keharmonian rumah tangga suami isteri meskipun angkanya kecil.

Langkah proaktif pihak Kementerian Pendidikan dalam menyelesaikan isu ini dapat mengelakkan perceraian dan pengabaian terhadap rumah tangga yang menjejaskan emosi pasangan guru dan anak-anak.

Pihak Kongres maklum bahawa punca perceraian ini melibatkan banyak faktor namun pasangan guru berjauhan adalah salah satu perkara yang perlu diberikan perhatian.

Atas dasar meraikan konsep pendidikan berteraskan manusiawi maka pihak Kongres mencadangkan perkara berikut: Cadangan pertama, memudahkan pengisian misalnya, tukar sepanjang tahun dan proses pertukaran berlaku empat kali setahun dari sedia ada.



Cadangan kedua, membuat pangkalan data guru duka lara dan melihat kepada keperluan opsyen dan kekosongan sedia ada untuk memudahkan proses pertukaran.

Cadangan ketiga, khidmat kaunseling berterusan kepada guru duka lara bagi meningkatkan daya tahan emosi dan psikologi sebagai guru.

Cadangan keempat, keprihatinan dan kebijaksanaan pihak pentadbir sekolah dalam memahami isu guru duka lara dan menanganinya dengan penuh hikmah. Utusan

MOHD. AZIZEE HASAN
Setiausaha Agung Kongres Presiden Kesatuan
Kebangsaan Guru-Guru Agama Malaysia Barat (KKGAMB) dan iGuru



Guru bercerai kerana duka lara

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kes guru dicerai suami kerana ‘gagal bertukar’, KPM hentikan penempatan ‘paksa’ – Pakar Pendidikan



Polis buru samun ‘ala mafia’ di Klang [VIDEO]

Ini sebab mengapa MRSM dan SBP perlu dihadkan untuk tingkatan 4 dan 5 – Majlis Profesor Negara



Meerqeen, Anna kekal tersenarai 100 wajah terkacak, cantik di dunia



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker