Pendakwah selebriti letak harga puluhan ribu?

Pendakwah selebriti letak harga puluhan ribu?

ISU wang dan bayaran khususnya melibatkan golongan pendakwah, memang sedikit lebih rumit dan sensitif untuk diperkatakan. Tiada ketetapan rasmi tentang berapakah jumlah yang wajar dan setimpal diberikan kepada golongan tersebut.

Maka berlakulah situasi dimana pendakwah menerima bayaran tidak masuk akal rendahnya atau lebih parah adakalanya tidak dibayar langsung kerana dianggap sekadar berdakwah. Wajar sahaja ia percuma. Anggaplah sebagai sedekah.



Hendak ditelan mati emak, diluah pula mati bapak. Jadi golongan pendakwah ini berdiam diri sahajalah, reda jika bayaran diberikan tidak cukup pun untuk mengisi tangki petrol kereta.

Namun ada juga ura-ura mengatakan golongan pendakwah selebriti dibayar lumayan. Desas desus ini bermula apabila seorang pelakon mendedahkan dibayar RM4,000 untuk 20 minit bagi perkongsian tentang penghijrahannya.

Bertitik tolak selepas itu, timbul pula khabar angin khabar angin yang mengatakan pendakwah popular ala-ala selebriti, selalu pula tampil di televisyen akan menerima bayaran lebih ‘masyuk’ sehingga mampu memperoleh puluhan ribu ringgit dengan hanya satu undangan ‘tazkirah’ selama beberapa minit.

Pendakwah bebas, Ustazah Asni Mansor tampil mena kan perkara tersebut. Walaupun selalu menerima undangan untuk program televisyen atau melakukan usrah bersama para artis, dia tidak pernah meletakkan kasta memilih undangan ceramah mahupun meletakkan bayaran dengan harga melampau.



“Saya tidak pernah memilih tempat undangan. Semua tempat saya jejak untuk sampaikan dakwah baik di ceruk pedalaman mahupun di dalam penjara. Mana-mana undangan saya terima.

“Pada pandangan saya, soal bayaran perlu ada give and take dalam perbincangan. Pendakwah tidak wajar meletakkan harga yang terlalu tinggi sehingga puluhan ribu ringgit. Jangan ambil kesempatan di atas ruang dan penghormatan yang diberikan masyarakat.

“Jika ada yang merasakan harga itu wajar kerana mereka popular atau ilmu mereka tinggi, ketahuilah bahawa ilmu dalam dakwah biar Allah sahaja yang menilai. Ini kerja yang boleh dikatakan minta salah, tak minta pun serba salah,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Namun begitu, Asni turut menegaskan, sudah masanya untuk masyarakat memiliki pemikiran untuk membayar pendakwah dengan harga sepatutnya kerana mereka juga manusia yang mempunyai keperluan hidup.



Asni turut mendedahkan pernah ditipu soal bayaran di mana wang yang diterimanya kurang RM800 daripada apa yang dipersetujui.

“Saya pernah berhadapan dengan situasi di mana tiada bayaran langsung. Saya juga pernah berada dalam situasi jumlah yang saya dapat kurang hingga beratus ringgit berbanding dengan apa yang telah dipersetujui.

“Maka saya pulang sahajalah, reda dan berharap Allah ganti dengan sesuatu lebih baik,” dedahnya.

BUKAN SEMUA PENDAKWAH MILIKI TAULIAH



Pelakon dan pelawak Shamsul Ghau Ghau berkata, jika seseorang itu mahu menyampaikan ceramah di masjid, maka mereka perlu terlebih dahulu mendapatkan pentauliahan daripada majlis agama negeri tersebut.

Tauliah boleh difahami sebagai lesen, agar individu tidak sewenang-wenangnya menyampaikan ilmu yang menyimpang kepada khalayak.

“Di Malaysia, negeri yang memang memberikan bayaran tinggi kepada pendakwah ialah Johor. Namun, hanya mereka yang lahir di Johor sahaja atau belajar di madrasah tertentu negeri itu sahaja layak mendapatkan pentauliahan di sana.

“Pentauliahan penting agar ilmu disampaikan selari dengan fahaman agama. Namun tujuan saya ambil pentauliahan al-Quran bukan untuk riak, tapi memang sebab saya mahu belajar.



“Kerana ada pentauliahan, saya akan masukkan tentang Al-Quran di dalam ceramah. Bab agama, jika salah cakap, anda akan silap,” katanya.

Sepanjang berceramah, Shamsul menafikan pernah menerima bayaran sehingga puluhan ribu ringgit yang dianggap lebih berbaloi daripada kerja sebagai anak seni.

“Soal bayaran lebih tinggi, tentu sahaja jadi ahli politik dan usahawan lebih banyak dapat wang. Nak banding dengan kerja seni, bayaran mereka juga lebih tinggi dari pendakwah.

“Mungkin artis yang dapat RM4,000 kerana berceramah, dia mualaf, jadi jalannya berbeza. Dia juga mungkin dilantik Soal bayaran lebih tinggi, tentu sahaja jadi ahli politik dan usahawan lebih banyak dapat wang. Nak banding dengan kerja seni, bayaran mereka juga lebih tinggi dari pendakwah.”



“Dia juga usahawan, jadi tidak akan menerima undangan berceramah jika harga yang dibayar hanya RM200 contohnya,” kongsinya.

PENDAKWAH BUKAN ARTIS, TAPI SELEBRITI AKHIRAT

Penceramah Ahmad Dusuki Abdul Rani pula berprinsip tidak meletakkan apa-apa bayaran sepanjang menerima jemputan penceramah. Namun, setiap kali memberi tazkirah, beliau akan membawa barangan tertentu untuk di jual di luar masjid.

“Sepanjang memberi ceramah, saya dan pembantu tidak pernah mengenakan apa-apa bayaran, hanya meminta mereka mendoakan agar saya mudah memasuki syurga Allah. Jika pun ada yang sudi memberi (bayaran), saya tidak pernah kisah tentang jumlah yang saya terima.

“Namun, setiap kali memenuhi jemputan untuk memberikan ceramah, saya bawa bersama makanan, kain dan pakaian untuk dijual. Jika ada yang mahu membantu, mereka bolehlah membeli barangan tersebut,” tambahnya.

Jelas Ahmad Dusuki, dia merasakan tidak wajar bagi mana-mana pendakwah meletakkan harga yang tinggi sebagai upah berceramah kerana baginya, mereka bukanlah golongan selebriti.

“Saya tidak menghargai pendakwah yang meletakkan harga tertentu kerana kita bukan artis.

“Pendakwah adalah selebriti Allah yang didoakan para malaikat. Ustaz Azhar Idrus pun tidak meletakkan harga tertentu, dia ambil berapa sahaja diberikan.

“Penceramah juga boleh memperoleh zakat ibnu sabil yang khas diberikan kepada pendakwah yang berjuang menyampaikan ilmu Allah,” katanya. Utusan

Pendakwah selebriti letak harga puluhan ribu?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kes guru dicerai suami kerana ‘gagal bertukar’, KPM hentikan penempatan ‘paksa’ – Pakar Pendidikan

Polis buru samun ‘ala mafia’ di Klang [VIDEO]

Ini sebab mengapa MRSM dan SBP perlu dihadkan untuk tingkatan 4 dan 5 – Majlis Profesor Negara

Meerqeen, Anna kekal tersenarai 100 wajah terkacak, cantik di dunia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker