PSG tumbangkan Bayern 5-4, antara aksi terbaik Liga Juara-Juara?
PSG tumbangkan Bayern 5-4, antara aksi terbaik Liga Juara-Juara?

Paris: Aksi penuh drama dan mendebarkan antara Paris Saint-Germain (PSG) dan Bayern Munich mungkin layak dianggap sebagai salah satu perlawanan terbaik dalam sejarah Liga Juara-Juara.
PSG mencatat kemenangan 5-4 ke atas Bayern dalam aksi separuh akhir pertama yang menyaksikan kedua-dua pasukan tampil tanpa kompromi dengan corak permainan menyerang.
Bintang PSG, Ousmane Dembele berkata perlawanan itu mencerminkan keberanian dua pasukan elit yang tidak teragak-agak untuk terus memburu gol.
“Ini yang berlaku apabila dua pasukan tidak ragu-ragu dan hanya menyerang.Kami tahu Bayern pasukan hebat, tetapi kami juga kuat,” katanya.
PSG kemudian dilihat hampir selesa apabila Kvaratskhelia dan Dembele menambah jaringan, namun Bayern bangkit menerusi Dayot Upamecano dan Luis Diaz untuk merapatkan jurang kepada 5-4.
Pengendali PSG, Luis Enrique mengakui perlawanan itu memiliki segala elemen dramatik.
“Kami layak menang, tetapi kami juga boleh seri atau kalah.Perlawanan ini ada segala-galanya,” katanya.
Akhbar sukan Perancis, L’Equipe turut melabel aksi itu sebagai “total football”, merujuk kepada gaya permainan menyerang yang pernah dipopularkan oleh legenda Johan Cruyff.
Pengendali Bayern, Vincent Kompany pula mengakui kecewa dengan jumlah gol dilepaskan, namun tetap percaya dengan pendekatan menyerang pasukannya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Era AI Ubah Corak Undian, Azalina Seru Perkukuh Kemahiran Digital
- UMNO/BN Perlu Lakukan Perubahan, Bijak Urus Persepsi Rakyat – Ahmad Zahid
- Sekolah Digital UMNO Perkukuh Komunikasi Jentera Parti
UMNO Hormati Keputusan ADUN Negeri Sembilan, Teliti Implikasi Politik – Ahmad Zahid
“Tiada satu gaya permainan yang lebih baik daripada yang lain.
“Apa yang berlaku hari ini adalah pertembungan dua idea bola sepak yang sama,” katanya.
Keputusan itu menyaksikan aksi timbal balik minggu depan dijangka terus sengit, dengan kedua-dua pasukan masih memiliki peluang cerah untuk mara ke final.
PSG tumbangkan Bayern 5-4, antara aksi terbaik Liga Juara-Juara?
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Semangat Berpasukan, Kebajikan Rakyat Teras Pentadbiran Pahang – Wan Rosdy
- Kerajaan Negeri Melaka Terus Perkukuh Dasar Berpaksikan Rakyat
- Kembali Ke Rumah Bangsa: Lagi Bekas Pemimpin Bersatu Sertai UMNO
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Menjelang Ulang Tahun UMNO Ke-80: Pertandingan Pidato Piala AZH Bermula

You must be logged in to post a comment.