Emery tekad cipta bab baharu Villa di Eropah
Emery tekad cipta bab baharu Villa di Eropah

London: Pengendali Aston Villa, Unai Emery mahu membuka “bab baharu” bersama kelab itu menjelang aksi separuh akhir Liga Europa menentang Nottingham Forest di City Ground, awal pagi Jumaat.
Pertembungan sesama kelab Liga Perdana Inggeris itu menyaksikan kedua-dua pasukan kini hanya selangkah untuk mara ke final Eropah pertama mereka selepas beberapa dekad.
Forest pernah muncul juara Piala Eropah pada 1979 dan 1980, manakala Villa pula bergelar juara pada 1982 ketika era kegemilangan kelab Inggeris di pentas Eropah.
Emery yang membimbing Villa sejak 2022 berjaya menghidupkan semula pasukan dari Birmingham itu, namun mereka masih belum memenangi trofi utama sejak 30 tahun lalu.
Villa sebelum ini terkandas di separuh akhir Liga Konferensi UEFA musim 2023/24 kepada Olympiakos, sebelum turut tewas pada separuh akhir Piala FA musim lalu kepada Crystal Palace.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO PJ Buat Laporan Polis, Desak Tindakan Lebih Tegas Terhadap Pihak Hina Institusi Diraja
- Jangan Retorik, Pemuda UMNO Kedah Desak MB Jelaskan Kegagalan Projek
- UMNO 80 Tahun: Langkah ‘Reset’ BN Ke Arah Keterbukaan
Undi 18 Perlu Diambil Kira, Jurang Generasi Jadi Cabaran BN – Dr Zambry
“Kami akan cuba menggunakan pengalaman yang ada untuk menjadi lebih baik dalam perlawanan ini.
“Tetapi saya tahu betapa sukarnya untuk menang separuh akhir kerana peluang adalah 50-50 antara kedua-dua pasukan,” kata Emery.
Menurut Emery, Forest juga mempunyai pemain berkualiti, jurulatih berpengalaman di Eropah serta berada pada momentum yang baik ketika ini.
“Dalam bola sepak, apa yang dilakukan sebelum ini mungkin hebat atau sebaliknya, tetapi semuanya sudah berlalu.
“Sekarang ini adalah bab baharu dan saya mahu menulis bab baharu di sini,” katanya.
Emery tekad cipta bab baharu Villa di Eropah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Semangat Berpasukan, Kebajikan Rakyat Teras Pentadbiran Pahang – Wan Rosdy
- Kerajaan Negeri Melaka Terus Perkukuh Dasar Berpaksikan Rakyat
- Kembali Ke Rumah Bangsa: Lagi Bekas Pemimpin Bersatu Sertai UMNO
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Menjelang Ulang Tahun UMNO Ke-80: Pertandingan Pidato Piala AZH Bermula
You must be logged in to post a comment.