Pendaftaran FTAA tidak boleh diteruskan selagi ada persatuan sah

Pendaftaran FTAA tidak boleh diteruskan selagi ada persatuan sah

Pendaftaran FTAA tidak boleh diteruskan selagi ada persatuan sah
PESURUHJAYA Sukan, Arrifin Mohd Ghani. FOTO ARKIB NSTP

Kuala Lumpur: Proses pendaftaran Persatuan Olahraga Wilayah Persekutuan (FTAA) tidak boleh diteruskan selagi persatuan olahraga sedia ada di Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya belum dibubarkan.

Pesuruhjaya Sukan, Arrifin Mohd Ghani berkata, perkara itu selaras dengan Akta Pembangunan Sukan yang hanya membenarkan satu badan induk bagi setiap sukan di peringkat negeri.

Menurut beliau, ketika ini ketiga-tiga wilayah berkenaan masing-masing mempunyai persatuan olahraga yang sah berdaftar di bawah Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS), sekali gus menghalang penubuhan entiti baharu tanpa proses pembubaran dilakukan terlebih dahulu.

“PJS tidak boleh mendaftarkan satu lagi persatuan sama di peringkat sama kerana ia akan menimbulkan kekeliruan dalam pentadbiran sukan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Undi 18 Perlu Diambil Kira, Jurang Generasi Jadi Cabaran BN – Dr Zambry


“Sebagai contoh, jika FTAA didaftarkan, kelab di Labuan mahu dapatkan pengiktirafan kejohanan, mereka perlu rujuk kepada siapa? Persatuan sedia ada atau FTAA,” katanya.

Semalam, Olahraga Malaysia (MA) berharap isu status gabungan FTAA dapat diselesaikan segera bagi membolehkan persatuan itu menjadi ahli gabungan badan induk berkenaan.

Setiausaha Agungnya, Nur Haryati Karim berkata, pihaknya prihatin terhadap pembangunan olahraga negara khususnya di Wilayah Persekutuan, lebih-lebih lagi menjelang temasya Sukan Sea akan datang.

Untuk rekod, berdasarkan perlembagaan MA, pembentukan FTAA perlu melibatkan perwakilan sah dari Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, selain perlu melalui proses semakan oleh Majlis MA selaras dengan prosedur tadbir urus persatuan.

Pendaftaran FTAA tidak boleh diteruskan selagi ada persatuan sah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Menjelang Ulang Tahun UMNO Ke-80: Pertandingan Pidato Piala AZH Bermula

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker