Kenapa Dr. Zulkifli memilih perkhidmatan Starlink?

Kenapa Dr. Zulkifli memilih perkhidmatan Starlink

Perkhidmatan internet berasaskan satelit yang dikendalikan oleh Space X kini menjadi pilihan alternatif buat warga tempatan dalam mendapatkan capaian internet di kawasan luar bandar atau tiada capaian rangkaian fiber.

Selaras dengan peredaran semasa, Datuk Dr. Zulkifli Mohammad al-Bakri kini turut berkongsi sebab memilih Starlink berbanding syarikat perkhidmatan internet sedia ada dalam mendapatkan rangkaian internet yang stabil.



Difahamkan Dr Zulkifli memutuskan untuk mendapatkan Starlink kerana capaian internet di kawasan pejabat beliau agak tidak stabil kerana berhampiran hutan dan juga ketiadaan penawaran perkhidmatan fiber di situ.

Malah, pihaknya sudah memohon kepada syarikat penyedia internet di Malaysia dalam mencari solusi rangkaian internet di sekitar itu namun tiada jawapan yang memuaskan.

Ditambah pula dengan rangkaian 5G dan 4G sedia ada yang masih di peringkat kurang baik sekaligus menyebabkan banyak urusan penyelidikan tergendala.

Susulan itu, beliau menegaskan bahawa Starlink adalah pilihan terbaik kerana tiada alternatif lain dalam melancarkan urusan seharian di pejabat dan juga untuk tujuan penyelidikan terutamanya.



“Dengan ratusan soalan agama yang diperoleh setiap hari, kunjungan lebih 3.3 juta di web http://maktabahalbakri.com dalam tempoh 2 tahun, serta hampir 50,000 pengguna aplikasi Al-Inarah di Play Store dan App Store dalam tempoh kurang 2 bulan, saya fikir Starlink adalah pilihan terbaik buat masa ini,” ujarnya dalam satu hantaran pada Rabu.

Untuk makluman, internet berasaskan satelit yang ditawarkan oleh Starlink mampu memberikan internet berkelajuan tinggi dengan kadar 100Mbps dan ke atas serta memiliki liputan yang lebih meluas berbanding rangkaian yang biasa.

Tidak hanya mahu menyantuni para jemaah semata-mata, beliau turut memaklumkan pelbagai projek ummah bakal menanti masyarakat muslim pada tahun ini.

Memandangkan capaian internet di kawasan pejabat saya agak tidak stabil (berhampiran hutan), kami memutuskan untuk mendapatkan Starlink.



Sistem satelit internet ini dibangunkan oleh SpaceX Elon Musk dan mula berada di Malaysia sekitar Julai 2023.

Beliau juga turut berterima kasih kepada orang ramai kerana terus menyokong mereka dalam menuju ke arah antara badan penyelidikan bebas hukum syarak ternama di dunia.

Menariknya, hantaran tersebut telah menarik perhatian ramai yang mana turut bersetuju dengan pemilihan yang dibuat kerana liputan rangkaian internet di Malaysia masih terhad lebih-lebih lagi di kawasan berhutan. VC

Kenapa Dr. Zulkifli memilih perkhidmatan Starlink



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rita Rudaini kecam ibubapa T20, nak susah hantar rumah kebajikan



Aidil jangan berangan nak jumpa anak – Rita Rudaini

Shamsul Ghau Ghau jual rumah, guna wang simpanan RM300,000



Adegan ‘aiskrim’ Amir Ahnaf kecoh di TikTok, tuan badan akhirnya mohon maaf

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker