Istiadat perkahwinan Putera Mateen, Dayang Anisha bermula

Istiadat perkahwinan Putera Mateen, Dayang Anisha bermula

Bandar Seri Begawan: Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah bakal bernikah dengan Dayang Anisha Rosnah Adam, pada 11 Januari.

Siaran berita RTB Brunei melaporkan, istiadat perkahwinan pasangan diraja itu akan berlangsung selama 10 hari.



Katanya, ia dimulakan dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada semalam (7 Januari) diikuti Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja pada 11 Januari.

Acara kemuncak iaitu Majlis Bersanding Pengantin Diraja dijadualkan berlangsung di Istana Nurul Iman, pada 14 Januari.

Seterusnya, pasangan itu bakal menyertai perarakan mengelilingi ibu kota Brunei, Bandar Seri Begawan.

Majlis Persantapan Diraja pula akan diadakan pada 15 Januari diikuti Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga pada 16 Januari.



Untuk rekod, Putera Mateen, 32, ialah anakanda kepada Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah bersama Datin Paduka Seri Mariam Abdul Aziz.

Selain itu, pengantin wanita pula ialah cucu penasihat khas kepada Sultan Brunei, Pehin Datuk Isa. HM

Istiadat perkahwinan Putera Mateen, Dayang Anisha bermula

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Restoran Pak Mat Western kena kecam (Video)

As’ad Motawh anggap sekolah hanya buang masa (Video)



Kenapa Dr. Zulkifli memilih perkhidmatan Starlink?

Perbualan Whatsapps pemain TRW tersebar



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker