Bandar Kota Tinggi lumpuh akibat banjir

Bandar Kota Tinggi lumpuh akibat banjir

KOTA TINGGI: Kawasan sekitar pusat bandar Kota Tinggi di sini, hampir lumpuh apabila kebanyakan jalan utama ditenggelami banjir sejak malam tadi.

Situasi itu berlaku berikutan keadaan banjir semakin buruk sejak malam tadi, susulan fenomena air pasang penuh pada jam 9 malam.



Jalan Semanggar menuju ke kawasan Sekolah Menengah Jalan Tun Habab juga tidak boleh dilalui berikutan air berarus deras yang melintasi jalan.

Selain jalan tersebut, Jalan Tun Sri Lanang telah ditutup bagi kegunaan semua jenis kenderaan kerana laluan ini telah ditenggelami air sedalam 0.6 meter dengan jarak sejauh 650 meter.

Tinjauan di deretan kedai dekat kawasan Bandar juga mendapati air naik sedalam satu hingga 1.5 meter bersamaan separuh tingkat satu tenggelam.

Antaranya Jalan Indah, Jalan Jaafar, Jalan Niaga Utama, Jalan Johor dekat Arked Mara, Taman Kota Mas dan Jalan Tambatan.



Malah Sekolah Agama Bandar dan Sekolah Kebangsaan Bandar turut dinaiki air.

Walaupun keadaan cuaca cerah dengan kehadiran matahari sejak pagi tadi, namun langit mendung masih menyelebungi beberapa lokasi dengan sebahagian hujan renyai-renyai. BH

Bandar Kota Tinggi lumpuh akibat banjir

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Restoran Pak Mat Western kena kecam (Video)

As’ad Motawh anggap sekolah hanya buang masa (Video)



Kenapa Dr. Zulkifli memilih perkhidmatan Starlink?

Perbualan Whatsapps pemain TRW tersebar



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker