Usaha Pemulihan Hutan Perlu Disertai Rundingan Inklusif
Usaha Pemulihan Hutan Perlu Disertai Rundingan Inklusif

KUALA LUMPUR, 11 Nov – Usaha pemulihan hutan perlu disertai dengan rundingan yang inklusif bersama kerajaan negeri, pengusaha ladang dan masyarakat kampung, kata Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Mohd Kurniawan Naim Moktar.
Ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat, beliau turut mempersoalkan bentuk bantuan yang akan disalurkan di bawah butiran Bantuan Kerugian Harta Benda dan Tanaman Akibat Serangan Hidupan Liar (BKHT).
“Di bawah butiran 050600, BKHT. Persoalannya, apakah bentuk bantuan yang bakal disalurkan? Adakah ia dalam bentuk wang tunai, bahan binaan ataupun bayaran terus berdasarkan penilaian kerugian?
“Oleh itu, mohon Kementerian Kelestarian Alam memperincikan syarat kelayakan, had maksimum bantuan, kaedah penaksiran dan tempoh kelulusan selepas permohonan lengkap diterima.
“Seterusnya, adakah skim ini meliputi negeri Sabah? Sekiranya pelaksanaannya terbatas kepada bidang kuasa PERHILITAN di Semenanjung, apakah pula mekanisme kerjasama dengan Jabatan Hidupan Liar Sabah supaya penduduk di sana turut mendapat perlindungan yang setara?
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- BN-PN Lendu Sepakat, Fokus Hari Mengundi – Abdul Hakim
- MARA Perluas Akses Pendidikan Tinggi Dan TVET
- Tahanan Rumah Diluluskan, AG Mesti Jawab Penangguhan Empat Hari
PRN Melaka: Waspada Ancaman Serangan Siber Menjelang Hari Pengundian
“Bukan itu sahaja, saya turut meminta penjelasan sama ada kerugian ternakan turut diliputi dan bagaimana tuntutan masyarakat di kawasan pedalaman dapat dipermudahkan,” katanya.
Dalam pada itu beliau menegaskan bahawa koridor hutan yang terputus menjadi punca utama meningkatnya dua pertembungan antara manusia dan hidupan liar.
“Di bawah butiran 10803, Program Pembangunan Mampan Sumber Hutan Sabah. Saya memohon pecahan terperinci mengikut lokasi, komponen dan penerima manfaat. Secara spesifiknya, berapakah bahagian yang akan dikhususkan untuk menyokong pemulihan koridor hidupan liar dan kawasan riparian di Kinabatangan?
“Selain itu, perlu difahami bahawa koridor hutan yang terputus inilah yang menjadi punca utama meningkatnya dua pertembungan antara manusia dan hidupan liar. Oleh yang demikian, usaha pemulihan hutan mesti disertai dengan rundingan yang inklusif bersama kerajaan negeri, pengusaha ladang dan masyarakat kampung.
“Seterusnya, apakah sasaran keluasan pemulihan, kesinambungan koridor dan unjuran pengurangan insiden konflik yang disasarkan pada tahun 2027?” soalnya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Manifesto BN Realistik, Komitmen Boleh Ditunaikan – Abdul Razak
- Kerjasama BN-PN Perkukuh Gerak Kerja Ngwe Di Machap Jaya
- Pelan Pembangunan Lima Tahun Jadi Keutamaan Jezlee Di Sungai Rambai
Sementara itu, beliau turut mempersoalkan mengenai rancangan onkrit Jabatan Mineral dan Geosains untuk mengenal pasti sesar bumi, cerun berisiko dan kawasan yang memerlukan penilaian lanjut.
“Untuk butiran 11800, Kajian Geobencana Negara. Daripada RM65 juta yang diperuntukkan, berapakah bahagian yang akan disalurkan untuk pemetaan bahaya geologi di Sabah, khususnya di Kuamut dan Kinabatangan? Apakah rancangan konkrit Jabatan Mineral dan Geosains untuk mengenal pasti sesar bumi, cerun berisiko dan kawasan yang memerlukan penilaian lanjut?
“Dari sudut tadbir urus risiko, data primer yang dihasilkan oleh JMG ini perlu diintegrasikan secara rentas agensi bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta kontraktor pelaksana. Langkah ini amat kritikal memandangkan jajaran Fasa 1B Lebuhraya Pan Borneo Sabah kini sedang rancak dibina merentasi kawasan parlimen Kinabatangan.
“Integrasi data geobencana ini penting bagi memastikan aktiviti pemotongan cerun dan pengalihan tanah tidak mencetuskan risiko kegagalan cerun atau tanah runtuh berskala besar, sekali gus menjamin keselamatan petempatan penduduk kampung di pedalaman,” katanya lagi. – UMNO Online
Oleh: Nuralyaa Izzati Azman
Usaha Pemulihan Hutan Perlu Disertai Rundingan Inklusif
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Letak Jawatan Isu Pengampunan Agong Bukan Bukti Berprinsip
- Ab Rauf Seru Pengundi Melaka Keluar Mengundi 14 November Ini
- ‘Orang Duyong Tahu Nilai Khidmat Bakti Saya’ – Helmy
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pindaan Pengasingan Peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya Diteliti – Azalina
You must be logged in to post a comment.