Kerjasama BN-PN Perkukuh Gerak Kerja Ngwe Di Machap Jaya

Kerjasama BN-PN Perkukuh Gerak Kerja Ngwe Di Machap Jaya

Kerjasama BN-PN Perkukuh Gerak Kerja Ngwe Di Machap Jaya

ALOR GAJAH, 9 Nov – Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya, Datuk Ngwe Hee Sem yakin kekuatan jentera parti mampu menjadi pemangkin kepada usaha mengekalkan kerusi berkenaan kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Beliau berkata keyakinan itu didorong sokongan padu serta komitmen jentera BN yang sentiasa bersama-sama membantu beliau sepanjang tempoh berkempen.

“Kita mempunyai jentera BN yang kuat dan mereka sentiasa membantu saya sebagai calon BN ke mana sahaja kita pergi,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyifatkan kerjasama strategik antara BN dan Perikatan Nasional (PN) sebagai satu kelebihan yang mampu meningkatkan peluang gabungan itu mengekalkan kemenangan di Machap Jaya.

Katanya, kesepakatan kedua-dua parti dalam menggerakkan kempen memperlihatkan komitmen bersama untuk memastikan kemenangan calon yang diketengahkan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Undi Awal PRN Melaka: Penghargaan Buat Petugas Barisan Hadapan

Kerjasama BN-PN Perkukuh Gerak Kerja Ngwe Di Machap Jaya

“Apabila mereka memberikan sokongan padu kepada calon BN menerusi kerjasama strategik ini, peluang kita untuk menang menjadi lebih tinggi.

“Kita sama-sama turun berkempen. Seperti hari ini, apabila kita mengadakan ceramah, pemimpin daripada PN akan turut membantu, begitu juga pemimpin BN,” ujar beliau.

Untuk rekod, DUN Machap Jaya menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara BN, Pakatan Harapan (PH) dan Parti Bersama Malaysia (Bersama).

Terdahulu pada PRN 2021, Ngwe memenangi kerusi berkenaan apabila memperoleh 3,732 undi menewaskan calon PH dengan majoriti 938 undi dalam saingan lima penjuru.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 November sebagai hari pengundian PRN Melaka manakala hari pengundian awal pada 10 November.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pentas Gelombang Biru BN-PN Seluruh Melaka, Suntik Semangat Jentera


DUN Melaka dibubarkan secara rasmi berkuat kuasa 23 September lalu selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam. – UMNO Online

Kerjasama BN-PN Perkukuh Gerak Kerja Ngwe Di Machap Jaya


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

BN Asas Pembangunan Melaka, Teruskan Kesinambungan – Ahmad Shabery

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker