Manifesto BN Realistik, Sasar 25 Juta Pelancong Ke Melaka Bukan Hanya Angka

Manifesto BN Realistik, Sasar 25 Juta Pelancong Ke Melaka Bukan Hanya Angka

Manifesto BN Realistik, Sasar 25 Juta Pelancong Ke Melaka Bukan Hanya Angka

MELAKA, 9 Nov – Sasaran menarik sehingga 25 juta pelancong ke Melaka sebagaimana yang diketengahkan dalam manifesto Pilihan Raya Negeri (PRN) mencerminkan komitmen untuk memperkukuh sektor pelancongan sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi negeri.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, sasaran berkenaan tentunya disokong dengan perancangan pembangunan menyeluruh, khususnya dari aspek infrastruktur, kemudahan pengangkutan dan prasarana pelancongan bagi memastikan Melaka terus menjadi destinasi pilihan pelancong tempatan serta antarabangsa.

Menurutnya, kejayaan mencapai sasaran tersebut bukan hanya bergantung kepada jumlah pelancong yang ingin dibawa masuk, tetapi turut melibatkan pengalaman dan kemudahan yang disediakan sepanjang mereka berada di negeri itu.

“Pelancong bukan datang ke sesuatu tempat hanya kerana kita meletakkan angka 25 juta dalam manifesto. Mereka datang kerana mahu tahu apa yang menarik, bagaimana kemudahannya, adakah jalan sesak, di mana tempat makan, bagaimana penginapannya dan bagaimana layanan masyarakat setempat.

“Jadi, kita bukan sekadar bercakap tentang angka. Kita perlu melihat apakah kemudahan yang sudah dirancang dan dibangunkan untuk memastikan sasaran itu boleh dicapai,” katanya ketika bercakap dalam program sembang santai, di sini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Wanita UMNO Gesa Titah Pengampunan Bersyarat Dilaksanakan Segera


Beliau berkata, Melaka sejak sekian lama mempunyai kekuatan tersendiri dalam sektor pelancongan, malah kepimpinan terdahulu telah meletakkan asas pembangunan berteraskan keunikan sejarah, warisan budaya, keramahan rakyat dan kebersihan persekitaran.

“Antara perancangan pembangunan berskala besar yang pernah diketengahkan ialah projek Melaka Gateway yang dirangka untuk menjadikan negeri itu sebagai hab maritim dan pelancongan antarabangsa.”

Menurutnya, projek berkenaan mempunyai potensi menyediakan terminal kapal persiaran yang mampu menerima sehingga enam kapal besar dengan kapasiti kira-kira 5,000 penumpang bagi setiap kapal.

“Bayangkan potensi yang boleh diwujudkan apabila kapal persiaran besar membawa ribuan pelancong ke Melaka. Ia bukan sahaja meningkatkan jumlah pengunjung, malah membuka peluang perniagaan kepada pengusaha hotel, restoran, pengangkutan dan peniaga kecil.

“Namun, membina jeti sahaja tidak mencukupi. Kita perlu membuat perancangan awal, rundingan dengan syarikat kapal persiaran, pengendali pelabuhan serta mendapatkan segala kelulusan yang diperlukan,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PRN Melaka: Calon BN Miliki Rekod Baik, Kepimpinan Seimbang


Ahmad Shabery berkata, sasaran pelancongan yang digariskan dalam manifesto perlu bergerak seiring dengan pembangunan kemudahan baharu serta penambahbaikan prasarana sedia ada supaya limpahan ekonomi dapat dinikmati secara langsung oleh rakyat.

Beliau berkata, pembangunan sektor pelancongan juga perlu memberi perhatian kepada peluang pekerjaan, pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), perniagaan tempatan serta peningkatan pendapatan penduduk.

“Kalau kita mahu Melaka menjadi sebuah destinasi hebat, kita mesti berfikir jauh ke hadapan. Bukan sekadar mengejar angka pelancong, tetapi memastikan setiap kedatangan mereka membawa manfaat kepada rakyat dan ekonomi negeri,” katanya lagi. – UMNO Online

Manifesto BN Realistik, Sasar 25 Juta Pelancong Ke Melaka Bukan Hanya Angka


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

BN-PN Masuki Fasa Kedua, Kerjasama Strategik Terus Diperkukuh – Mahdzir Khalid

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker