Jangan Guna Dua Darjat Dalam Politik – Mohd Rafi
Jangan Guna Dua Darjat Dalam Politik – Mohd Rafi
KOTA MELAKA, 5 Nov – Semua pihak perlu mempunyai pendirian yang konsisten dalam berpolitik dan tidak menggunakan pendekatan berbeza terhadap parti lain yang mengambil keputusan politik masing-masing, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Rafi Ali Hassan.
Beliau berkata, pendirian Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi pilihan raya dan kerjasama politik perlu dihormati, sebagaimana pendirian Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang turut menentukan hala tuju politiknya sendiri.

Menurutnya, tidak wajar BN dilabel sebagai pengkhianat apabila mengambil pendirian berbeza dengan Pakatan Harapan (PH), sedangkan pendirian GPS yang tidak mahu bekerjasama dengan PH dan PKR tidak menerima tuduhan sama.
“Dua hari lepas GPS secara rasmi mengatakan tidak mahu ada kerjasama dengan Pakatan Harapan, tidak mahu kerjasama dengan PKR. Tak ada pun timbul isu khianat.
“Jadi jangan orang bilang double standard. Politik ini kita kena ada pendirian, betul atau tidak? Politik kena ada pendirian. Jangan yang ini kata boleh, yang ini kata tak boleh, yang ini kata khianat, yang ini kata tak khianat. Rakyat sedang menilai,” katanya.
Terdahulu beliau mengadakan walkabout bersama jentera setempat di DUN Telok Mas, dekat sini.
Mengulas kedudukan BN dalam Kerajaan Perpaduan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), beliau menjelaskan bahawa keputusan menyertai kerajaan ketika itu dibuat bagi menghormati titah Yang di-Pertuan Agong dan memastikan kerajaan dapat dibentuk.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Lebih 200 Inisiatif Kerajaan Melaka Jadi Ukuran Prestasi – Mohamad Alamin
- Pilihan Raya Bukan Seperti Takraw, Silap Pilih Tunggu Lima Tahun – Sumali
- Ahmad Zahid Mulakan Lawatan Rasmi Ke Türkiye, Perkukuh Hubungan
Keupayaan Pengawasan Maritim Diperkukuh Kepada Sistem Lebih Bersepadu
Katanya, tiada satu parti ketika itu mempunyai kedudukan mencukupi untuk membentuk kerajaan secara bersendirian, justeru BN mengambil pendirian bagi memastikan pentadbiran negara dapat diteruskan.
Beliau turut menegaskan bahawa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sering menjelaskan keberadaan UMNO dan BN dalam kerajaan adalah sehingga tempoh pilihan raya.
Mohd Rafi berkata, setiap parti perlu menghormati pendirian politik masing-masing, termasuk keputusan untuk bertanding sesama sendiri dalam pilihan raya. – UMNO Online
Jangan Guna Dua Darjat Dalam Politik – Mohd Rafi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mohd Isam Cadang KPKM Beri Kadar Sewaan Bersubsidi Untuk Penternak
- Birukan Negeri Melaka, Pertahan Mandat Demi Khidmat – Razlan
- UMNO Rakam Takziah Atas Pemergian Ibunda Mohamad Nizar
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.