Lebih 200 Inisiatif Kerajaan Melaka Jadi Ukuran Prestasi – Mohamad Alamin
Lebih 200 Inisiatif Kerajaan Melaka Jadi Ukuran Prestasi – Mohamad Alamin
MELAKA, 5 Nov – Lebih 200 inisiatif yang dilaksanakan Kerajaan Negeri Melaka menjadi antara perkara yang boleh dinilai rakyat dalam melihat usaha kerajaan membantu masyarakat, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohamad Alamin.
Beliau berkata, pelbagai bantuan disediakan kerajaan negeri merangkumi keperluan masyarakat pada setiap peringkat kehidupan, sekali gus memberi ruang kepada rakyat menilai prestasi pentadbiran negeri.

“Dengan 200 inisiatif yang telah pun diberikan oleh Yang Berhormat Ketua Menteri Melaka ini cukup untuk rakyat menilai kerajaan mana yang sebenarnya perform yang membantu rakyat itu.
“Daripada sebelum lahir pun dibantu, sampai dah meninggal dunia pun dibantu. Mana ada dalam Malaysia ini, umur digital. Banyak ada di Melaka. Jadi maknanya apa? Semua dalam masyarakat dibantu oleh Kerajaan Negeri Melaka,” katanya.
Sehubungan itu, beliau berpandangan platform pentadbiran sedia ada perlu diteruskan bagi memastikan khidmat kepada rakyat dapat dilaksanakan secara berterusan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Zahid Mahu Pembangunan Sukan Negara Diperkasa Secara Menyeluruh
- PRN: Gerak Kerja Diperkasa, Pastikan Tiada Yang Tertinggal
- Usah Guna Dua Kayu Ukur, Henti Burukkan BN – Mohd Zaidy
Beliau turut menegaskan bahawa prinsip UMNO untuk berjuang demi agama, bangsa dan negara tidak pernah berubah, meskipun berdepan pelbagai persepsi terhadap parti.
“Yang penting kita buat kerja kepada rakyat. Biar rakyat yang memutuskan. Yang penting rakyat berpuas hati dengan servis kita. Dan prinsip kita itu tak pernah berubah. Kita berjuang untuk rakyat demi agama, bangsa dan negara,” katanya.- UMNO Online
Lebih 200 Inisiatif Kerajaan Melaka Jadi Ukuran Prestasi – Mohamad Alamin
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mustafa Perkukuh Sokongan Di Durian Tunggal
- Veteran UMNO Gerakkan Jaringan Kenalan, Bantu Calon BN
- PRN Melaka: Momentum Gelombang Biru, Jangan Sia-siakan Peluang – Jalaluddin Alias
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan Sekadar Kekalkan, BN Perlu Tarik Sokongan Baharu – Ismail
You must be logged in to post a comment.