Veteran UMNO Gerakkan Jaringan Kenalan, Bantu Calon BN
Veteran UMNO Gerakkan Jaringan Kenalan, Bantu Calon BN

ALOR GAJAH, 4 Nov – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Osman Desa mempergiat gerak kerja mendekati golongan veteran bagi membantu calon Barisan Nasional (BN) sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Beliau yang juga Pengerusi Veteran UMNO Malaysia berkata, pertemuan bersama kelompok tersebut kerana mereka mempunyai pendekatan tersendiri dalam menyampaikan mesej parti menerusi jaringan kenalan, rakan seperjuangan dan ahli keluarga.
“Di sini pun kita gerakkan semangat veteran untuk membantu calon. Sebab Veteran UMNO mencari orang veteran, kawan-kawan dan juga keluarga undi BN.
“Veteran ada cara untuk bersuara mana mereka pun pergi, kedai kopi, masjid, di mana-mana saja jumpa kenalan terus terus bersuara dan hendak pastikan supaya orang memilih BN,” katanya.

Osman berkata demikian ketika ditemui UMNO Online selepas mengadakan pertemuan bersama Veteran UMNO Bahagian di sekitar Rembia.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Galas Amanah, Hargai Penyokong Setia – Nooryana Najib
- ‘Manifesto BN Melaka Berteraskan Aspirasi Rakyat’ – Rauf
- Semai Politik Kasih Sayang, BN Fokus Kesejahteraan – Siti Aisyah
Memelihara Integriti Ummah & Memperkasa Tadbir Urus Halal Negara
Turut hadir calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia, Ahmad Norazril Abdul Aziz.
Mengulas lanjut senario politik di negeri ini, beliau berkata tiada isu besar yang menjadi pertikaian, sebaliknya tumpuan utama adalah untuk membentuk sebuah kerajaan negeri yang stabil.
Katanya lagi, kerjasama BN dengan Perikatan Nasional (PN), dilihat mampu memperkukuh peluang untuk mencapai hasrat “membirukan” Melaka.
“Di sini tidak ada isu-isu besar yang menjadi pertikaian. Tumpuan utama adalah untuk membentuk sebuah kerajaan negeri yang mantap.
“Tambahan pula, kita mempunyai kerjasama dengan PN iaitu PAS. Jadi, hasrat untuk ‘membirukan’ Melaka dilihat lebih cerah dan mudah dicapai.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Norazril Optimis Sokongan Pengundi Rembia
- Jangan Normalisasikan Dakwaan Negatif Dengan Budaya Pilihan Raya – Tengku Azman
- Azman Komited Teruskan Perancangan Pembangunan Serkam
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
“Jika dilihat pada hari penamaan calon, jumlah penyokong yang hadir menunjukkan BN dan PN mendapat sambutan, khususnya BN yang memperlihatkan kehadiran penyokong yang ramai.
“Perkara ini menunjukkan rakyat sudah bersedia untuk kembali memberikan sokongan dan menentukan pilihan mereka pada PRN kali ini,” ujar beliau.
Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 November sebagai hari pengundian PRN Melaka manakala hari pengundian awal pada 10 November.
DUN Melaka dibubarkan secara rasmi berkuat kuasa 23 September lalu selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam. – UMNO Online
Veteran UMNO Gerakkan Jaringan Kenalan, Bantu Calon BN
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Zahid Mahu Pembangunan Sukan Negara Diperkasa Secara Menyeluruh
- PRN: Gerak Kerja Diperkasa, Pastikan Tiada Yang Tertinggal
- Usah Guna Dua Kayu Ukur, Henti Burukkan BN – Mohd Zaidy
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.