Jangan Normalisasikan Dakwaan Negatif Dengan Budaya Pilihan Raya – Tengku Azman
Jangan Normalisasikan Dakwaan Negatif Dengan Budaya Pilihan Raya – Tengku Azman

KUALA LUMPUR, 2 Nov – Dakwaan yang mengaitkan musim pilihan raya dengan berlakunya perbuatan maksiat secara meluas tidak seharusnya dilemparkan sewenang-wenangnya tanpa bukti kukuh kerana ia boleh mencetuskan persepsi buruk terhadap individu yang terlibat dalam proses demokrasi negara.
Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, Datuk Tengku Azman Tengku Zainol Abidin, berkata dakwaan sedemikian perlu dilihat secara rasional dan tidak digeneralisasikan sehingga seolah-olah salah laku berkenaan menjadi perkara biasa dalam setiap kali berlangsungnya pilihan raya.
Beliau yang mempunyai pengalaman hampir 30 tahun dalam politik serta pernah terlibat secara langsung dalam lebih 50 Pilihan Raya Kecil (PRK), Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) berkata, sepanjang penglibatannya, beliau tidak pernah melihat atau mendengar perkara tersebut dianggap sebagai satu kelaziman dalam musim pilihan raya.
“Jika perkara sedemikian pernah berlaku sekalipun, ia mungkin melibatkan tindakan individu atau salah laku peribadi pihak tertentu. Perbuatan seperti ini boleh berlaku pada bila-bila masa, sama ada ketika musim pilihan raya mahupun di luar tempoh pilihan raya,” katanya.
Mengulas penyebaran sebuah video yang membangkitkan isu berkenaan, Tengku Azman berpandangan bahawa membuat tuduhan seolah-olah perbuatan tersebut sudah menjadi sebahagian daripada budaya pilihan raya merupakan tindakan tidak wajar, terutama apabila tiada fakta dan bukti jelas dikemukakan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRN Melaka: Kempen Bijaksana, Jangan Terjebak Politik Kotor – Ab Rauf
- Impian Mak Mah Tercapai, UMNO Cawangan Kampung Bukit Kecil Ditubuhkan
- Momentum Jentera Membara, Sedia Sasar Kemenangan – Tuminah Kadi
Katanya, kenyataan berbentuk sedemikian bukan sahaja boleh menjejaskan persepsi masyarakat terhadap perjalanan pilihan raya, malah berpotensi menimbulkan prasangka dan salah faham terhadap petugas yang menjalankan tanggungjawab masing-masing.
“Jangan kita lupa, fitnah itu mudah dilafazkan, tetapi berat akibatnya. Mudah disebarkan, tetapi amat sukar diperbetulkan.
“Mungkin bagi kita ia sekadar sebaris kata-kata, namun bagi individu yang menjadi sasaran, kesannya boleh menghancurkan maruah, reputasi dan kehidupan mereka,” tegasnya.
Beliau turut menegaskan bahawa soal fitnah tidak sepatutnya dipolitikkan atau dinilai berdasarkan kecenderungan parti dan latar belakang agama seseorang kerana setiap individu berhak dilindungi daripada tuduhan yang tidak berasas.
“Dalam soal ini, kita tidak seharusnya melihat kepada parti politik mana yang terlibat atau agama apa yang dianuti oleh individu berkenaan. Fitnah tetap fitnah, dan tuduhan yang tidak berasas tetap boleh membawa kesan buruk kepada sesiapa sahaja,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rosli Tekad Bela Nasib Nelayan, Isu Lesen Jadi Keutamaan
- Pengalaman Politik, Trek Rekod Taruhan Mustafa Di Durian Tunggal
Menurut Tengku Azman, teguran dan peringatan sememangnya boleh disampaikan sekiranya terdapat perkara yang perlu diperbetulkan, namun ia harus dilakukan dengan cara berhemah, bersandarkan fakta serta tidak menjatuhkan maruah pihak lain.
“Dalam politik, kita boleh berbeza pandangan, bersaing dan saling menegur. Tetapi jangan sampai perbezaan itu menjadi alasan untuk menyebarkan tuduhan yang boleh merosakkan maruah orang lain,” ujarnya.
Beliau menyifatkan terdapat banyak pendekatan lain yang boleh digunakan untuk menyampaikan sesuatu teguran tanpa perlu membentuk persepsi negatif terhadap keseluruhan proses pilihan raya.
“There are many other ways to skin a cat, bro. Banyak lagi cara untuk menyampaikan teguran dan memberikan peringatan. Jangan kerana mahu menegur, kita akhirnya menormalisasikan tuduhan yang belum dibuktikan,” katanya lagi. – UMNO Online
Jangan Normalisasikan Dakwaan Negatif Dengan Budaya Pilihan Raya – Tengku Azman
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Acik Zul Utamakan Rekod Perkhidmatan, Bukan Janji Bulan Dan Bintang
- PRN: Wanita UMNO Optimis Birukan Melaka – Rosni Zahari
- Gelombang Kebangkitan BN Johor, N.Sembilan Perlu Diteruskan Ke Melaka – Adnan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.