PRN: Wanita UMNO Optimis Birukan Melaka – Rosni Zahari
PRN: Wanita UMNO Optimis Birukan Melaka – Rosni Zahari

MELAKA, 2 Nov – Jentera Wanita Barisan Nasional (BN) optimis mampu memainkan peranan penting dalam memastikan kemenangan semua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi bersama rakan kerjasama pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 menerusi gerak kerja tersusun, bersepadu dan berterusan.
Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Rosni Zahari berkata, kekuatan jentera Wanita yang mempunyai pengalaman, komitmen serta kesiapsiagaan sejak awal menjadi antara kelebihan utama BN dalam usaha meraih keyakinan dan sokongan rakyat.
Beliau berkata, jentera Wanita bukan hanya digerakkan apabila pilihan raya semakin hampir, sebaliknya sudah memulakan gerak kerja sejak awal termasuk bancian sikap pengundi dan penyusunan strategi bagi memastikan setiap perancangan dapat dilaksanakan dengan berkesan.
“Wanita ini memang jentera luar biasa, komited dalam perjuangan dan menghayati nilai demi agama, bangsa dan negara. Kita bukan menunggu pilihan raya untuk bekerja, tetapi sudah bersedia dari awal.
“Jentera Wanita sangat solid dan sentiasa bekerja kerana yang utama adalah parti dan sekarang ini kita mahu memperjuangkan kemenangan untuk semua calon-calon BN,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rosli Tekad Bela Nasib Nelayan, Isu Lesen Jadi Keutamaan
- Pengalaman Politik, Trek Rekod Taruhan Mustafa Di Durian Tunggal
Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu podcast Penerangan UMNO Malaysia, #HitamPutihKelabu, sempena PRN Melaka Ke-16 menerusi tajuk ‘Wanita Optimis Birukan Melaka’, yang disiarkan menerusi platform Facebook UMNO Online, malam tadi
Menurut Rosni, kekuatan Wanita UMNO turut terserlah menerusi penyertaan dan penglibatan aktif kaum wanita dalam pelbagai program parti, sekali gus mencerminkan kesungguhan mereka untuk terus memperjuangkan kepentingan agama, bangsa dan negara.
Mengulas berkaitan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN), Muslimat Pas serta penyokong Parti Wawasan beliau menjelaskan bahawa gerak kerja adalah ke arah memperkukuh sokongan dan membantu calon-calon yang bertanding.
“Kita semua bekerjasama untuk sama-sama membantu dan memberi sokongan kepada calon masing-masing. Yang penting, tekad kita adalah memastikan kesemua 28 DUN yang ditandingi dapat dimenangi,” katanya.
Rosni menegaskan, matlamat utama jentera Wanita adalah memenangi hati rakyat menerusi pendekatan yang tersusun, kesungguhan turun padang serta keikhlasan dalam melaksanakan tanggungjawab.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerjasama BN-PN Makin Kukuh, Sokongan Akar Umbi Jadi Kekuatan – Dr Asyraf
- Kesiagaan Tinggi, Semangat Jentera BN Jadi Modal Kempen – Mahdzir
Dalam pada itu, beliau berkata Kerajaan Negeri Melaka di bawah BN yang diterajui Datuk Seri Ab Rauf Yusoh pada sesi lalu telah membuktikan kesediaannya mendengar denyut nadi rakyat dan berusaha menyelesaikan pelbagai permasalahan yang dibangkitkan.
Justeru, beliau yakin rekod khidmat dan kesungguhan dalam menyantuni rakyat perlu diberikan perhatian oleh pengundi ketika menentukan pilihan pada PRN kali ini.
“Kita percaya kepada kebijaksanaan rakyat untuk menilai siapa yang telah bekerja dan membuktikan khidmat mereka. Namun begitu, saya menyeru dan merayu kepada pengundi supaya terus memberikan kepercayaan serta undi kepada semua calon BN,” katanya.
Dalam masa yang sama, beliau turut menyeru seluruh jentera Wanita agar terus bekerja sehingga hari pengundian dengan penuh keikhlasan, komitmen dan semangat berpasukan.
Rosni turut merakamkan penghargaan kepada Ketua Wanita UMNO Negeri Melaka, Datuk Kalsom Noordin atas usaha menggerakkan jentera sejak awal JR10, selain memastikan perancangan dan gerak kerja yang telah disusun dapat dilaksanakan secara berterusan.
Katanya, kekuatan Wanita yang sentiasa bersedia, tersusun dan komited menjadi antara sandaran penting dalam misi memperkukuh sokongan rakyat serta merealisasikan tekad ‘Wanita Optimis Birukan Melaka’. – UMNO Online
PRN: Wanita UMNO Optimis Birukan Melaka – Rosni Zahari
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRN Melaka: Kempen Bijaksana, Jangan Terjebak Politik Kotor – Ab Rauf
- Impian Mak Mah Tercapai, UMNO Cawangan Kampung Bukit Kecil Ditubuhkan
- Momentum Jentera Membara, Sedia Sasar Kemenangan – Tuminah Kadi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.