Galas Amanah, Hargai Penyokong Setia – Nooryana Najib
Galas Amanah, Hargai Penyokong Setia – Nooryana Najib

LENDU, 3 Nov – Ketua Penerangan Puteri UMNO, Nooryana Najwa Najib bertekad akan terus mempergiat gerak kerja turun padang sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bagi menyantuni penyokong serta menghargai kesetiaan mereka yang kekal bersama Barisan Nasional (BN) dan juga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Menurutnya, langkah turun padang itu bukan sekadar memenuhi tuntutan gerak kerja parti, sebaliknya menjadi ruang untuk menghargai kesetiaan penyokong yang tidak pernah berpaling tadah dan terus memberikan sokongan kepada bapanya, meskipun berdepan pelbagai cabaran.
Jelasnya, kesetiaan yang ditunjukkan penyokong ketika berdepan pelbagai cabaran amat dihargai dan wajar dibalas dengan kehadiran serta usaha mendekati mereka secara bersemuka.
“PRN Melaka ini saya akan bersama abang-abang mengambil tanggungjawab untuk meneruskan sokongan terhadap parti dan bertemu sebanyaknya penyokong-penyokong yang selama ini setia bersama ayah saya (Najib Razak).
“Alhamdulillah… Yana ada bersama-sama dengan abang-abang. Insya-Allah, kita akan gunakan peluang ini untuk membantu parti dan berjumpa dengan penyokong-penyokong Bossku.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Acik Zul Utamakan Rekod Perkhidmatan, Bukan Janji Bulan Dan Bintang
- PRN: Wanita UMNO Optimis Birukan Melaka – Rosni Zahari
- Gelombang Kebangkitan BN Johor, N.Sembilan Perlu Diteruskan Ke Melaka – Adnan
“Saya bawa semangat perjuangan kerana saya tahu ayah saya terlalu sayang kepada parti,” katanya kepada UMNO Online.
Mengulas lanjut kata Nooryana, hasrat itu menjadi dorongan untuk bersama ahli keluarga terus memainkan peranan membantu parti, selain mendekati penyokong yang setia memberikan sokongan kepada bapanya.

“Ayah mahu melihat parti BN menang dengan penuh bergaya dan saya akan membantu sejauh yang boleh,” katanya lagi.
Mengimbau pengorbanan bapanya ketika PRN Melaka 2021 apabila Najib tetap turun membantu rakan-rakan parti meskipun ketika itu beliau baru saja bersalin.
“Ketika itu, saya masih dalam pantang. Saya ingat lagi, dia kata, maaf Yana… saya tak boleh ziarah Yana sebab kena bantu kawan-kawan di PRN Melaka,” ujarnya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRN Melaka: Kempen Bijaksana, Jangan Terjebak Politik Kotor – Ab Rauf
- Impian Mak Mah Tercapai, UMNO Cawangan Kampung Bukit Kecil Ditubuhkan
- Momentum Jentera Membara, Sedia Sasar Kemenangan – Tuminah Kadi
Untuk rekod, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merekodkan sebanyak 687,697 pemilih berdaftar yang layak mengundi bagi PRN Melaka ke-16, berdasarkan Daftar Pemilih Tambahan April 2026 yang diwartakan pada 14 November lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 Nov sebagai hari mengundi bagi PRN Melaka manakala undi awal pada 10 Nov.
Tempoh berkempen yang ditetapkan adalah selama 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon yang bertanding sehingga jam 11.59 malam 9 Nov(Jumaat). – UMNO Online
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Norazril Optimis Sokongan Pengundi Rembia
- Jangan Normalisasikan Dakwaan Negatif Dengan Budaya Pilihan Raya – Tengku Azman
- Azman Komited Teruskan Perancangan Pembangunan Serkam
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.