Jentera UMNO Sabah Semarak ‘BN Sayang Rakyat’

Jentera UMNO Sabah Semarak ‘BN Sayang Rakyat’

Jentera UMNO Sabah Semarak ‘BN Sayang Rakyat’

TELOK MAS, 2 Nov – Jentera UMNO Sabah yang diketuai Ketua UMNO Bahagian Beaufort Datuk Awang Aslee Lakat bersama Ketua UMNO Bahagian Kota Kinabalu, Datuk Musliati Muslimin, serta Ketua-Ketua Sayap Wanita dan Puteri UMNO Sabah giat membantu kempen sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dengan turun padang serta mengadakan lawatan pemantauan ke bilik-bilik gerakan termasuk di PDM Alai, di sini.

Lawatan berkenaan merupakan sebahagian daripada gerak kerja jentera UMNO Sabah dalam membantu kempen Barisan Nasional (BN) sempena PRN ini khususnya dalam memastikan penyelarasan gerak kerja, pergerakan petugas serta kesiapsiagaan setiap bilik gerakan berada pada tahap yang memuaskan.

“Kehadiran jentera UMNO Sabah di Melaka membawa semangat kekeluargaan dan solidariti yang menjadi kekuatan parti. Kita datang untuk saling membantu, berkongsi pengalaman dan memperkukuh gerak kerja demi memastikan mesej perjuangan BN sampai kepada masyarakat.”

Ujarnya, kehadiran jentera dari Sabah turut mencerminkan semangat kebersamaan dan solidariti dalam keluarga besar UMNO, apabila seluruh kekuatan parti digerakkan bagi membantu rakan seperjuangan di Melaka.

“Dalam masa yang sama, gerak kerja kempen turut memberi penekanan kepada pendekatan BN Sayang Rakyat, yang membawa nilai kasih sayang, keprihatinan, perpaduan dan khidmat kepada masyarakat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Siti Aisyah Mahu Teruskan Agenda ‘BN Sayang Rakyat’


“Pendekatan ini menekankan bahawa politik sewajarnya menjadi wadah menyatukan masyarakat, bukannya mencetuskan perpecahan. Rakyat perlu didekati dengan penuh hormat, mendengar suara dan keluhan mereka serta memahami keperluan setiap lapisan masyarakat.

“Kita mahu menyemai budaya politik yang berteraskan kasih sayang, bukannya kebencian. Sayang rakyat bermakna kita mendengar suara mereka, memahami keperluan mereka dan sentiasa meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan. Inilah semangat BN Sayang Rakyat yang perlu terus dibawa dalam setiap gerak kerja kita,” katanya.

Dalam pada itu, penghargaan dan ucapan terima kasih turut dizahirkan kepada Pn. Mawa, Penyelaras Wanita DUN N.23 Telok Mas merangkap Ketua JR PDM Alai dan Setiausaha PDM Alai, atas komitmen serta kerjasama beliau membantu mengiringi dan membawa jentera UMNO Sabah ke setiap bilik gerakan di PDM Alai.

“Lawatan ini diharapkan dapat memperkukuh hubungan kerja antara jentera UMNO Sabah dan Melaka, selain menyemarakkan semangat perjuangan bersama dalam membawa pendekatan politik yang mengutamakan rakyat,” katanya lagi. – UMNO Online

Jentera UMNO Sabah Semarak ‘BN Sayang Rakyat’


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Kerjasama BN-PN Demi Matlamat Lebih Besar’

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker