Semai Politik Kasih Sayang, BN Fokus Kesejahteraan – Siti Aisyah

Semai Politik Kasih Sayang, BN Fokus Kesejahteraan – Siti Aisyah

Semai Politik Kasih Sayang, BN Fokus Kesejahteraan – Siti Aisyah

MELAKA, 2 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu, Siti Aisyah Mahmood menegaskan komitmen BN untuk terus mengamalkan politik kasih sayang yang mengutamakan kebajikan, kepentingan dan kesejahteraan rakyat, sekali gus menolak politik kebencian yang hanya memecahbelahkan masyarakat.

Beliau berkata, pendekatan politik yang dibawa BN bukan sekadar menjanjikan sesuatu kepada rakyat, sebaliknya memastikan setiap perancangan dan janji diterjemahkan menerusi pelaksanaan serta tindakan yang memberi manfaat secara langsung kepada masyarakat.

Menurutnya, kepercayaan yang diberikan parti kepadanya sebagai calon BN akan dipikul dengan penuh tanggungjawab, selain berusaha memastikan kemenangan parti melalui kekuatan jentera dan sokongan rakyat.

“Parti telah memberikan kepercayaan kepada saya dan saya akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan BN menang. Kita mempunyai kekuatan jentera yang sangat baik dan saya mahu terus mendukung mandat parti serta kesinambungan pembangunan yang telah dilaksanakan BN di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel dalam siri podcast ‘Kita Geng Biru’ anjuran Penerangan UMNO Malaysia menerusi platform Facebook UMNO Online, malam tadi. Turut menjadi panel dalam segmen tersebut ialah calon BN di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek, Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

‘Kerjasama BN-PN Demi Matlamat Lebih Besar’


Siti Aisyah berkata, keutamaan BN adalah mempermudah urusan rakyat kerana masyarakat memerlukan bantuan, perhatian serta saluran yang berkesan untuk menyampaikan permasalahan mereka kepada pihak kerajaan.

Katanya, prinsip pentadbiran BN adalah jelas iaitu hasil dan manfaat yang diperoleh daripada rakyat perlu dikembalikan semula kepada rakyat menerusi pelbagai inisiatif pembangunan dan kebajikan.

“Daripada rakyat, kita kembalikan kepada rakyat. Kita mahu memudahkan urusan mereka, mendengar keluhan dan memastikan setiap permasalahan mempunyai saluran untuk diselesaikan.

“Inilah politik kasih sayang yang kita bawa. Kita tidak mahu politik kebencian, sebaliknya politik yang menyatukan, mengambil berat dan memastikan tiada rakyat yang terpinggir,” katanya.

Mengulas kejayaan pembangunan negeri, beliau berkata pentadbiran BN bukan sekadar bercakap atau membuat janji, tetapi membuktikan komitmen menerusi pelaksanaan pelbagai inisiatif yang turut merancakkan sektor pelancongan Melaka.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Siti Aisyah Mahu Teruskan Agenda ‘BN Sayang Rakyat’


Jelasnya, pembangunan industri pelancongan bukan hanya bertujuan mengangkat nama Melaka di persada dunia, malah memastikan limpahan ekonominya dapat dinikmati seluruh lapisan masyarakat.

Semai Politik Kasih Sayang, BN Fokus Kesejahteraan – Siti Aisyah

“Pentadbiran BN bukan untuk kepentingan diri sendiri. Kita mahu semua rakyat merasai keseronokan, keselesaan dan kesejahteraan hasil pembangunan yang dilaksanakan.

“Melaka sebagai negeri pelancongan perlu memberi manfaat kepada semua. Usahawan mendapat peluang, peniaga kecil menikmati limpahan ekonomi dan anak muda pula mempunyai ruang menganjurkan program yang mampu menambah pendapatan mereka,” katanya.

Tambah beliau, pendekatan mendekati rakyat turut dizahirkan menerusi inisiatif Wakil Rakyat Untuk Rakyat yang menjadi platform kepada masyarakat untuk menyampaikan masalah, mendapatkan bantuan serta mencari penyelesaian terhadap keperluan setempat.

Malah, katanya, Jelajah Ketua Menteri Melaka juga menjadi antara usaha kerajaan negeri untuk turun padang, mengenal pasti permasalahan rakyat dan memastikan bantuan dapat disalurkan tanpa ada golongan yang tercicir.

Menurutnya, semua usaha berkenaan mencerminkan keprihatinan pentadbiran BN yang mahu memastikan setiap lapisan masyarakat terus mendapat perhatian dan pembelaan.

“Bagi kita, setiap rakyat itu penting dan semua tetap disayangi. Kita mahu menjadi wakil rakyat yang benar-benar berkhidmat, mendengar dan membantu, bukan hanya muncul ketika memerlukan sokongan.

“Itulah air tangan pentadbiran BN di Negeri Melaka. Kita mahu pembangunan bukan sekadar menaikkan martabat negeri, tetapi turut mengangkat martabat dan kesejahteraan masyarakat,” katanya.

Beliau menegaskan, politik kasih sayang perlu terus menjadi asas perjuangan kerana ukuran sebenar kejayaan sesebuah pentadbiran bukan hanya pada pembangunan fizikal, tetapi sejauh mana rakyat merasai manfaat, perhatian dan pembelaan daripada kerajaan.

Terdahulu, Siti Aisyah diumumkan sebagai calon BN bagi DUN Pengkalan Batu menggantikan Datuk Kalsom Noordin yang memenangi kerusi berkenaan pada PRN Melaka 2022 dengan memperoleh 4,839 undi.

Untuk rekod, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 November sebagai hari pengundian PRN Melaka dan hari pengundian awal pada 10 November. – UMNO Online

Semai Politik Kasih Sayang, BN Fokus Kesejahteraan – Siti Aisyah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jentera UMNO Sabah Semarak ‘BN Sayang Rakyat’

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker