Thinaah ke Bali raikan perkahwinan Yee See-Kok Siang
Thinaah ke Bali raikan perkahwinan Yee See-Kok Siang

Kuala Lumpur: Demi meraikan hari bahagia sahabat baik, pemain beregu wanita negara, M Thinaah, sanggup ke Bali, Indonesia bagi memastikan tidak terlepas menyaksikan detik istimewa Cheah Yee See mendirikan rumah tangga, semalam.
Thinaah mengambil masa daripada jadualnya untuk menghadiri majlis perkahwinan Yee See yang disatukan dengan jurulatih beregu campuran negara, Teo Kok Siang, dalam sebuah majlis bertemakan perkahwinan tepi pantai di pulau peranginan itu.
Menerusi perkongsian di Facebook, Thinaah meluahkan rasa gembira kerana berpeluang menyaksikan sendiri detik istimewa sahabatnya itu, selain menyifatkan kehadirannya sebagai sesuatu yang cukup bermakna.
“Apabila sahabat baik berkahwin, jarak bukan masalah. Kos juga bukan masalah. Saya tidak akan melepaskan peluang ini walau apa pun terjadi.
“Tiada banyak yang boleh dikatakan, saya cuma berasa sangat gembira untuk kamu berdua dan amat bersyukur kerana dapat menyaksikan perkahwinan indah ini di pulau yang juga cukup cantik,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Acik Zul Utamakan Rekod Perkhidmatan, Bukan Janji Bulan Dan Bintang
- PRN: Wanita UMNO Optimis Birukan Melaka – Rosni Zahari
- Gelombang Kebangkitan BN Johor, N.Sembilan Perlu Diteruskan Ke Melaka – Adnan
Thinaah turut mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada pasangan berkenaan menerusi perkongsian itu.
Hubungan akrab Thinaah dan Yee See terjalin ketika kedua-duanya pernah menjadi rakan sepasukan di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Yee See meninggalkan BAM bersama bekas gandingannya, Chan Peng Soon pada 2022 untuk meneruskan karier sebagai pemain profesional, namun hubungan persahabatan dengan Thinaah kekal utuh.
Thinaah ke Bali raikan perkahwinan Yee See-Kok Siang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Norazril Optimis Sokongan Pengundi Rembia
- Jangan Normalisasikan Dakwaan Negatif Dengan Budaya Pilihan Raya – Tengku Azman
- Azman Komited Teruskan Perancangan Pembangunan Serkam
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.