Sentuhan Prihatin SWP, Penduduk Terima Manfaat – Dr Masliha
Sentuhan Prihatin SWP, Penduduk Terima Manfaat – Dr Masliha

MELAKA, 4 Nov – Sekretariat Wanita Profesional (SWP) terus memperkukuh komitmen terhadap khidmat masyarakat menerusi penganjuran Program Ziarah Kasih di beberapa kediaman sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong baru-baru ini.
Pengerusinya, Dr. Masliha Harun berkata, program berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha berterusan sekretariat itu dalam memperluaskan sumbangan kepakaran profesional, khususnya menerusi inisiatif kesihatan dan kebajikan bagi membantu masyarakat setempat.
Menurutnya, SWP sentiasa komited untuk memastikan kepakaran golongan profesional dapat dimanfaatkan secara langsung demi kesejahteraan masyarakat, selain menyantuni golongan yang memerlukan.
“SWP akan terus komited memperluaskan sumbangan kepakaran profesional melalui pelbagai inisiatif kesihatan dan kebajikan masyarakat.
“Semoga usaha ini memberikan kesan positif serta manfaat berterusan kepada komuniti setempat,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Norazril Optimis Sokongan Pengundi Rembia
- Jangan Normalisasikan Dakwaan Negatif Dengan Budaya Pilihan Raya – Tengku Azman
- Azman Komited Teruskan Perancangan Pembangunan Serkam
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Program berkenaan turut diserikan dengan kehadiran Datin Seri Hamidah Khamis, isteri Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO Malaysia.
Turut hadir Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad; Pengerusi HAWA Malaysia merangkap Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil; calon DUN Duyong, Datuk Helmy serta Ketua UMNO Bahagian Sepanggar merangkap Commander-in-Charge DUN Duyong bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Datuk Yakub Khan.
Antara pengisian utama program ialah pemeriksaan kesihatan yang diketuai oleh Dr. Fatimah Sabrina, doktor perubatan merangkap Timbalan Pengerusi SWP, dengan tiga buah kediaman menerima khidmat pemeriksaan kesihatan secara langsung.
Ujarnya, pendekatan turun padang itu bukan sahaja memberi ruang kepada penduduk mendapatkan pemeriksaan kesihatan, malah membolehkan keperluan dan kebajikan masyarakat dikenal pasti menerusi interaksi secara dekat bersama pasukan SWP. – UMNO Online
Sentuhan Prihatin SWP, Penduduk Terima Manfaat – Dr Masliha
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Galas Amanah, Hargai Penyokong Setia – Nooryana Najib
- ‘Manifesto BN Melaka Berteraskan Aspirasi Rakyat’ – Rauf
- Semai Politik Kasih Sayang, BN Fokus Kesejahteraan – Siti Aisyah
Memelihara Integriti Ummah & Memperkasa Tadbir Urus Halal Negara
You must be logged in to post a comment.