Birukan Negeri Melaka, Pertahan Mandat Demi Khidmat – Razlan
Birukan Negeri Melaka, Pertahan Mandat Demi Khidmat – Razlan

MELAKA, 5 Nov – Kemenangan Barisan Nasional (BN) dengan 21 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka lalu bukan sekadar angka politik, sebaliknya bukti bahawa khidmat, komitmen dan hubungan erat wakil rakyat dengan masyarakat masih menjadi kekuatan utama parti itu.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii berkata, kemenangan berkenaan tidak wajar disandarkan semata-mata kepada faktor COVID-19 kerana kekuatan sebenar BN turut dibina melalui usaha berterusan ADUN yang sentiasa turun padang, mendengar masalah dan membantu menyelesaikan keperluan rakyat.
Menurutnya, rakyat menilai pemimpin berdasarkan rekod perkhidmatan, keikhlasan dan kemampuan membawa perubahan, bukannya janji ketika musim pilihan raya semata-mata.
“Jangan kita lupa, kemenangan 21 kerusi itu bukan kebetulan. Ia dibina melalui hubungan dengan rakyat, kerja keras dan kesungguhan wakil rakyat yang sentiasa berada bersama masyarakat.
“Rakyat tahu siapa yang bekerja dan siapa yang benar-benar mendengar masalah mereka. Hubungan ini mesti dipertahankan, bukan hanya ketika pilihan raya,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mustafa Perkukuh Sokongan Di Durian Tunggal
- Veteran UMNO Gerakkan Jaringan Kenalan, Bantu Calon BN
- PRN Melaka: Momentum Gelombang Biru, Jangan Sia-siakan Peluang – Jalaluddin Alias
Jangan Sekadar Kekalkan, BN Perlu Tarik Sokongan Baharu – Ismail
Razlan berkata, pendekatan kepimpinan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang mengutamakan kestabilan dan keharmonian negeri perlu terus diperkukuh bagi memastikan keyakinan rakyat terhadap BN kekal utuh.
Katanya, kekuatan Melaka terletak pada masyarakat berbilang kaum yang menilai seseorang pemimpin berdasarkan kemampuan dan keikhlasan berkhidmat, bukannya sentimen bangsa atau agama.
Beliau turut mengingatkan supaya politik kebencian, fitnah dan serangan peribadi tidak dibiarkan merosakkan perpaduan yang telah lama dibina.
“Politik boleh berbeza, tetapi kemesraan rakyat mesti terus terpelihara. Rakyat mahukan pemimpin yang membawa penyelesaian, bukannya menambah ketegangan.
“Apabila diberikan amanah sebagai kerajaan, tanggungjawab jauh lebih besar. Pemimpin perlu menunjukkan akhlak, menjaga tutur kata dan menghormati perbezaan,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Zahid Mahu Pembangunan Sukan Negara Diperkasa Secara Menyeluruh
- PRN: Gerak Kerja Diperkasa, Pastikan Tiada Yang Tertinggal
- Usah Guna Dua Kayu Ukur, Henti Burukkan BN – Mohd Zaidy
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Seputeh berkata demikian ketika menjadi panel dalam siri podcast Kita Geng Biru bertajuk ‘Jangan Kotorkan Demokrasi’ anjuran Penerangan UMNO Malaysia menerusi platform Facebook UMNO Online, malam tadi.
Dalam masa sama, beliau menegaskan isu kos sara hidup, tekanan terhadap peniaga, kos operasi serta pelaksanaan cukai seperti Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) perlu diberikan perhatian serius.
Menurutnya, kerajaan perlu tampil dengan pendekatan praktikal bagi membantu peniaga, menjaga kebajikan keluarga dan mengurangkan tekanan perbelanjaan harian rakyat.
Isu pendidikan dan kesihatan awam termasuk pengurusan jerebu serta bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) juga memerlukan keputusan yang jelas, konsisten dan pantas supaya tidak menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat.
Razlan berkata, Melaka mempunyai potensi besar sebagai negeri pelancongan, pusat ekonomi dan destinasi warisan sejarah yang perlu terus diperkasakan.

Justeru, rekod pencapaian BN dalam membangunkan negeri itu perlu diketengahkan supaya rakyat dapat menilai berdasarkan hasil kerja dan kemampuan kepimpinan, bukan sekadar retorik politik.
Beliau menegaskan BN tidak boleh mengambil mudah kepercayaan yang diberikan rakyat dan perlu terus memperkukuh jentera serta mendekati setiap lapisan masyarakat.
“Kita tidak boleh hanya bercakap tentang kemenangan. Kita mesti buktikan bahawa kita layak terus diberikan kepercayaan.
“Daripada Melaka kita bina kekuatan, daripada kekuatan itu kita bina momentum untuk membawa BN kembali lebih kuat di seluruh negara, termasuk Putrajaya.
“Pertahankan mandat dengan khidmat, perkukuh perpaduan dan kekalkan kemesraan bersama rakyat. Inilah perjuangan yang perlu kita teruskan,” katanya lagi. – UMNO Online
Birukan Negeri Melaka, Pertahan Mandat Demi Khidmat – Razlan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Lebih 200 Inisiatif Kerajaan Melaka Jadi Ukuran Prestasi – Mohamad Alamin
- Pilihan Raya Bukan Seperti Takraw, Silap Pilih Tunggu Lima Tahun – Sumali
- Ahmad Zahid Mulakan Lawatan Rasmi Ke Türkiye, Perkukuh Hubungan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Keupayaan Pengawasan Maritim Diperkukuh Kepada Sistem Lebih Bersepadu
You must be logged in to post a comment.