Abu Bakar Sabudin Automatik Tergugur Keahlian UMNO – Sumali
Abu Bakar Sabudin Automatik Tergugur Keahlian UMNO – Sumali

KUALA LUMPUR, 9 Nov – Keahlian Datuk Abu Bakar Sabudin dalam UMNO secara automatik tergugur selepas beliau disahkan bertanding sebagai calon Bebas bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil pada 31 Oktober lalu.
Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Mohd Sumali Reduan berkata, tindakan Abu Bakar bertanding sebagai calon Bebas adalah bercanggah dengan Perlembagaan UMNO, sekali gus menyebabkan beliau kehilangan hak sebagai ahli parti.
Beliau berkata demikian bagi merujuk kenyataan Abu Bakar pada 4 November lalu yang mendakwa dirinya masih merupakan ahli UMNO yang aktif.
Menurut Sumali, perkara itu jelas diperuntukkan menerusi Fasal 20.11 Perlembagaan UMNO yang menetapkan keahlian seseorang ahli akan tergugur secara automatik sekiranya memenuhi keadaan yang dinyatakan dalam fasal berkenaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Manifesto BN-PN Realistik, Kesinambungan Pembangunan Melaka
- PRN Melaka: Jangan Leka, Terus Perhebat Gerak Kerja – Shamsul Anuar
- Ahmad Zahid Terima Kunjungan Setiausaha Agung D-8, Bincang Kerjasama Ekonomi
Wanita UMNO Gesa Titah Pengampunan Bersyarat Dilaksanakan Segera
“Fasal 20.11.2 menyatakan bahawa ahli UMNO itu bertanding di dalam mana-mana pilihan raya sebagai calon bebas atau calon pakatan parti politik yang tidak dianggotai UMNO,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Sehubungan itu, beliau menegaskan keahlian Abu Bakar telah tergugur secara automatik selepas disahkan sebagai calon Bebas pada 31 Oktober lalu, termasuk kehilangan segala haknya sebagai ahli UMNO. – UMNO ONLINE
Abu Bakar Sabudin Automatik Tergugur Keahlian UMNO – Sumali
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Isu Najib: Junjung Titah, Laksanakan Segera – Dr Akmal
- Fikirkan Generasi Akan Datang Sebelum Buat Pilihan – Abdul Rahman
- Isu Tahanan Rumah Najib: UMNO Pontian Buat Laporan Polis
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
BN-PN Masuki Fasa Kedua, Kerjasama Strategik Terus Diperkukuh – Mahdzir Khalid
You must be logged in to post a comment.