Rakyat Melaka Bijak Memilih, Bukan Cari Pelakon Tetapi Pemimpin
Rakyat Melaka Bijak Memilih, Bukan Cari Pelakon Tetapi Pemimpin

MELAKA, 9 Nov – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia terus memperhebatkan gerak kerja kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang kini memasuki minggu kedua, dengan tumpuan khusus diberikan kepada dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi calon daripada sayap parti itu.
Exco Pemuda UMNO Malaysia, Shah Zanuriman Nuar Paras Khan berkata, persiapan jentera di DUN Merlimau dan Lendu sedang dipertingkatkan bagi memastikan momentum kempen terus kukuh sekali gus membantu Barisan Nasional (BN) mencapai kemenangan.
Menurutnya, Merlimau menyaksikan Ketua Pemuda UMNO Malaysia bertanding, manakala DUN Lendu pula menampilkan Ketua Pemuda UMNO negeri, Datuk Abdul Hakim Abdul Wahid, sebagai calon.
“Untuk dua kerusi ini khususnya, kita sedang mempersiapkan jentera dan memperkasakan gerak kerja. Insya-Allah, kita cuba buat yang terbaik dan memastikan Barisan Nasional, khususnya calon-calon Pemuda, berjaya mencipta kemenangan,” katanya.
Beliau berkata, Pemuda UMNO turut memberikan perhatian kepada pengundi muda, khususnya generasi Z dan pengundi kali pertama, agar membuat keputusan berdasarkan kewibawaan, keupayaan serta rekod calon, bukan semata-mata dipengaruhi sentimen politik.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Manifesto BN-PN Realistik, Kesinambungan Pembangunan Melaka
- PRN Melaka: Jangan Leka, Terus Perhebat Gerak Kerja – Shamsul Anuar
- Ahmad Zahid Terima Kunjungan Setiausaha Agung D-8, Bincang Kerjasama Ekonomi
Wanita UMNO Gesa Titah Pengampunan Bersyarat Dilaksanakan Segera
Katanya, golongan muda perlu melihat pilihan raya sebagai peluang menentukan masa depan negeri dan negara dengan memilih pemimpin yang benar-benar mampu membawa pembangunan serta memperjuangkan kepentingan rakyat.
“Seruan kita kepada golongan muda, tidak kisahlah mereka daripada generasi Z atau generasi mana sekalipun, apa yang kita cari ialah pemimpin yang mampu menerajui negara, negeri dan masa depan kita.
“Janganlah terikut-ikut dengan fitnah atau perkara yang tidak tahu hujung pangkal. Jangan terlalu percaya kepada berita yang tidak diketahui kesahihannya,” katanya.
Shah Zanuriman turut mengingatkan bahawa kematangan dalam berpolitik perlu bermula dengan sikap bertanggungjawab mendapatkan maklumat yang sahih serta menilai kemampuan seseorang calon sebelum membuat pilihan.
Tegasnya, pilihan raya bukan medan untuk memilih populariti atau persembahan semata-mata, sebaliknya ruang untuk menentukan kepimpinan yang mampu bekerja, membawa perubahan dan membina masa depan lebih baik untuk rakyat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Guna Dua Darjat Dalam Politik – Mohd Rafi
- PRN Melaka: Calon Tempatan, Jentera Mantap Kelebihan BN – Suhaimizan
- Siti Aisyah Perhebat Kempen, Santuni Pengundi Pengkalan Batu
“Yang penting, kita mencari pemimpin, bukannya mencari pelakon atau artis. Kita mencari pemimpin yang akan membantu kita membina negara dan negeri bersama-sama.
“Itu yang penting, gunakan akal fikiran, bukan hati dan perasaan,” katanya.
Beliau berharap pengundi muda dapat memainkan peranan sebagai penentu masa depan Melaka dengan membuat pilihan secara bijaksana, matang dan berlandaskan kepentingan rakyat.
Pemuda UMNO, katanya, akan terus memperkukuh gerak kerja di lapangan bagi memastikan mesej perjuangan parti sampai kepada pengundi, khususnya di kawasan yang ditandingi calon Pemuda UMNO. – UMNO Online
Rakyat Melaka Bijak Memilih, Bukan Cari Pelakon Tetapi Pemimpin
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Isu Najib: Junjung Titah, Laksanakan Segera – Dr Akmal
- Fikirkan Generasi Akan Datang Sebelum Buat Pilihan – Abdul Rahman
- Isu Tahanan Rumah Najib: UMNO Pontian Buat Laporan Polis
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
BN-PN Masuki Fasa Kedua, Kerjasama Strategik Terus Diperkukuh – Mahdzir Khalid
You must be logged in to post a comment.