Wanita UMNO Gesa Titah Pengampunan Bersyarat Dilaksanakan Segera
Wanita UMNO Gesa Titah Pengampunan Bersyarat Dilaksanakan Segera

KUALA LUMPUR, 7 Nov – Wanita UMNO Malaysia menegaskan bahawa titah Yang di-Pertuan Agong berhubung Perintah Pengampunan Bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak, perlu dihormati dan dilaksanakan segera selaras dengan prinsip Raja Berperlembagaan.
Wanita UMNO dalam satu kenyataan berkata, titah Seri Paduka Baginda berhubung pengampunan bersyarat itu adalah jelas dan tidak seharusnya menimbulkan sebarang kekeliruan.
Menurut kenyataan itu, semua syarat yang ditetapkan, termasuk pembayaran denda sebanyak RM50 juta, telah dipenuhi sepenuhnya.
Sehubungan itu, Wanita UMNO berpandangan Najib sewajarnya dibenarkan menjalani baki hukuman menerusi kaedah tahanan di rumah sebagaimana yang diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda.
“Menghormati titah Raja ialah asas kepada sistem Raja Berperlembagaan yang kita amalkan. Kedaulatan institusi Raja dan keluhuran Perlembagaan Persekutuan mesti dipelihara oleh semua pihak, tanpa mengira kedudukan,” menurut kenyataan itu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mohd Isam Cadang KPKM Beri Kadar Sewaan Bersubsidi Untuk Penternak
- Birukan Negeri Melaka, Pertahan Mandat Demi Khidmat – Razlan
- UMNO Rakam Takziah Atas Pemergian Ibunda Mohamad Nizar
Wanita UMNO turut mengingatkan bahawa walaupun setiap pihak mempunyai hak untuk menyuarakan pandangan secara berhemah, keputusan yang telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong wajar dihormati.
“Setelah Seri Paduka Baginda bertitah dengan jelas, semua pihak wajar menghormati keputusan yang telah diperkenankan dan tidak lagi memanjangkan polemik yang hanya akan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat,” katanya.
Dalam pada itu, Wanita UMNO Malaysia menyeru supaya titah berkenaan dilaksanakan dengan segera bagi mengelakkan ketidakpastian berpanjangan yang boleh menjejaskan keyakinan rakyat terhadap institusi negara.
Menurut kenyataan sama, penangguhan pelaksanaan perkara itu hanya akan mengundang persoalan dan polemik dalam kalangan masyarakat.
Wanita UMNO turut mengajak seluruh rakyat Malaysia supaya kekal tenang, menghormati undang-undang serta bersama-sama memelihara keharmonian negara.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Lebih 200 Inisiatif Kerajaan Melaka Jadi Ukuran Prestasi – Mohamad Alamin
- Pilihan Raya Bukan Seperti Takraw, Silap Pilih Tunggu Lima Tahun – Sumali
- Ahmad Zahid Mulakan Lawatan Rasmi Ke Türkiye, Perkukuh Hubungan
Keupayaan Pengawasan Maritim Diperkukuh Kepada Sistem Lebih Bersepadu
“Wanita UMNO Malaysia akan terus setia menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong serta mempertahankan kedaulatan Raja dan keluhuran Perlembagaan,” menurut kenyataan itu. – UMNO Online
Wanita UMNO Gesa Titah Pengampunan Bersyarat Dilaksanakan Segera
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Guna Dua Darjat Dalam Politik – Mohd Rafi
- PRN Melaka: Calon Tempatan, Jentera Mantap Kelebihan BN – Suhaimizan
- Siti Aisyah Perhebat Kempen, Santuni Pengundi Pengkalan Batu
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.