BN-PN Masuki Fasa Kedua, Kerjasama Strategik Terus Diperkukuh – Mahdzir Khalid
BN-PN Masuki Fasa Kedua, Kerjasama Strategik Terus Diperkukuh – Mahdzir Khalid

TANGGA BATU, 7 Nov – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) kini memasuki fasa kedua dengan usaha memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua parti terus dipergiatkan.
Menurut beliau, kerjasama berkenaan merupakan satu pendekatan baharu bersama rakan strategik baharu yang memperlihatkan perkembangan positif menerusi penyelarasan gerak kerja serta sokongan antara jentera parti di peringkat akar umbi.
“Pemimpin atasan PN pun sudah memberikan arahan kepada pemimpin di bawah supaya di tempat yang BN bertanding, mereka memberikan sokongan kepada calon BN dan begitu juga sebaliknya.
“Apabila berada di pentas ceramah, kedua-dua parti akan bersama-sama menyampaikan ceramah. Ini menunjukkan kerjasama yang sedang dibina bukan sekadar di peringkat kepimpinan, tetapi turut diterjemahkan melalui gerak kerja di lapangan.
“Usaha memperkukuh kerjasama strategik berkenaan akan diteruskan secara berperingkat, selari dengan semangat Gelombang Biru yang menjadi antara pendekatan dalam gerak kerja kempen,” katanya kepada UMNO Online, di sini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Guna Dua Darjat Dalam Politik – Mohd Rafi
- PRN Melaka: Calon Tempatan, Jentera Mantap Kelebihan BN – Suhaimizan
- Siti Aisyah Perhebat Kempen, Santuni Pengundi Pengkalan Batu
Dalam perkembangan lain, Mahdzir berkata hasil program Ziarah Kasih yang dilaksanakan di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Pulau Gadong dan Bukit Rambai mendapati mereka masih mengingati pelbagai sumbangan dan khidmat yang diberikan kepimpinan BN kepada masyarakat sejak sekian lama.
Katanya, terdapat penduduk yang berkongsi pengalaman menerima bantuan serta pertolongan daripada kepimpinan BN, termasuk dalam aspek kebajikan keluarga dan pendidikan anak-anak.
“Antara yang saya temui ialah sebuah keluarga yang mempunyai lapan orang anak. Mereka menceritakan bagaimana sepanjang membesarkan anak-anak sehingga berjaya menjadi kakitangan kerajaan, terdapat pelbagai sumbangan dan bantuan yang diterima melalui kepimpinan BN.
“Apabila ada masalah rakyat, pemimpin di peringkat akar umbi inilah yang mengambil berat dan membantu mencari penyelesaian. Khidmat ini berjalan sepanjang masa, bukan hanya apabila pilihan raya tiba.
“Apabila masuk musim pilihan raya, barulah jentera digerakkan melalui PDM dan JR bagi memastikan setiap lokaliti mempunyai petugas yang menguruskan gerak kerja sehingga hari pengundian,” katanya lagi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mohd Isam Cadang KPKM Beri Kadar Sewaan Bersubsidi Untuk Penternak
- Birukan Negeri Melaka, Pertahan Mandat Demi Khidmat – Razlan
- UMNO Rakam Takziah Atas Pemergian Ibunda Mohamad Nizar
Beliau turut menghargai komitmen jentera parti yang melaksanakan gerak kerja di lapangan, selain menegaskan kepentingan hubungan berterusan antara kepimpinan dan masyarakat dalam memahami keperluan penduduk setempat. – UMNO Online
BN-PN Masuki Fasa Kedua, Kerjasama Strategik Terus Diperkukuh – Mahdzir Khalid
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Manifesto BN-PN Realistik, Kesinambungan Pembangunan Melaka
- PRN Melaka: Jangan Leka, Terus Perhebat Gerak Kerja – Shamsul Anuar
- Ahmad Zahid Terima Kunjungan Setiausaha Agung D-8, Bincang Kerjasama Ekonomi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Wanita UMNO Gesa Titah Pengampunan Bersyarat Dilaksanakan Segera
You must be logged in to post a comment.