Jangan ‘Trial And Error’, Teruskan Kesinambungan – Siti Aminah
Jangan ‘Trial And Error’, Teruskan Kesinambungan – Siti Aminah

MELAKA, 9 Nov – Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bukan sekadar pilihan raya biasa, sebaliknya menjadi penentu kepada kesinambungan kepimpinan yang mampu membangunkan serta membela nasib rakyat.
Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Siti Aminah Aching berkata, beliau bersama rakan-rakan serta kepimpinan UMNO Sabah berkampung di Melaka bagi membantu jentera Barisan Nasional (BN), khususnya di DUN Duyong dan DUN Telok Mas.
Menurutnya, pilihan raya kali ini perlu dihadapi dengan bersungguh-sungguh bagi mempertahankan kesinambungan pentadbiran yang telah melaksanakan pelbagai usaha pembangunan untuk rakyat Melaka.
Beliau berkata, pencapaian yang dilaksanakan sepanjang pentadbiran Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, perlu diteruskan bagi memastikan negeri itu terus bergerak maju.
“Kita harus meneruskan legasi ini supaya kita dapat melihat Melaka akan terus maju ke depan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Isu Najib: Junjung Titah, Laksanakan Segera – Dr Akmal
- Fikirkan Generasi Akan Datang Sebelum Buat Pilihan – Abdul Rahman
- Isu Tahanan Rumah Najib: UMNO Pontian Buat Laporan Polis
BN-PN Masuki Fasa Kedua, Kerjasama Strategik Terus Diperkukuh – Mahdzir Khalid
“Kami daripada Sabah hanya membantu serba sedikit rakan-rakan semua supaya proses ini berjalan dengan baik. Kami akan bersama-sama memberikan sokongan dan kekuatan,” katanya.
Terdahulu beliau membantu kempen calon BN DUN Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy bersama jentera wanita setempat di Taman Sei Duyong 2, dekat sini.
Turut serta Datuk Haryaty Hamzah dan masyarakat setempat lain.
Beliau turut menzahirkan harapan agar calon-calon BN memperoleh kemenangan bagi membentuk kerajaan Melaka yang lebih stabil dan terus membawa kemajuan kepada negeri itu.
Dalam pada itu, beliau menegaskan rakyat Melaka tidak perlu melakukan percubaan atau eksperimen dalam menentukan kepimpinan negeri, sebaliknya perlu melihat kepada hasil pentadbiran yang telah dinikmati sebelum ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Manifesto BN-PN Realistik, Kesinambungan Pembangunan Melaka
- PRN Melaka: Jangan Leka, Terus Perhebat Gerak Kerja – Shamsul Anuar
- Ahmad Zahid Terima Kunjungan Setiausaha Agung D-8, Bincang Kerjasama Ekonomi
Wanita UMNO Gesa Titah Pengampunan Bersyarat Dilaksanakan Segera
“Tidak perlu mencuba. Saya tekankan di sini kepada semua pengundi di Melaka, tak perlu mencuba sebab telah pun kita lihat dan nikmati apa yang telah dibawa oleh Datuk Seri Ab Rauf selama beliau memimpin kerajaan Melaka.
“Walaupun tidak lama, tetapi bukti sudah nampak, semua telah menikmati. Jangan cuba-cuba. Jadi sekarang ini kita teruskan dan kita kekalkan kerajaan yang ada,” katanya.- UMNO Online
Jangan ‘Trial And Error’, Teruskan Kesinambungan – Siti Aminah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rakyat Melaka Bijak Memilih, Bukan Cari Pelakon Tetapi Pemimpin
- Abu Bakar Sabudin Automatik Tergugur Keahlian UMNO – Sumali
- Manifesto BN Realistik, Sasar 25 Juta Pelancong Ke Melaka Bukan Hanya Angka
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Undi Awal PRN Melaka: Penghargaan Buat Petugas Barisan Hadapan
You must be logged in to post a comment.