Tahanan Rumah Diluluskan, AG Mesti Jawab Penangguhan Empat Hari
Tahanan Rumah Diluluskan, AG Mesti Jawab Penangguhan Empat Hari

KUALA LUMPUR, 11 Nov – Sekretariat Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menuntut Jabatan Peguam Negara (AGC) memberikan penjelasan berhubung penangguhan pelaksanaan tahanan rumah Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak selama empat hari, meskipun syarat pembayaran denda RM50 juta telah disempurnakan pada 6 November lalu.
Pengerusinya, Manndzri Nasib berkata, desakan itu dibuat susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 November yang membenarkan bekas Perdana Menteri berkenaan menjalani baki hukuman kes SRC International menerusi tahanan rumah berkuat kuasa serta-merta.
Dalam pada itu beliau memaklumkan bahawa sekretariat terbabit menyambut baik keputusan mahkamah itu selain menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung pelaksanaan Perintah Pengampunan tersebut.
Bagaimanapun, menurutnya, keputusan berkenaan tidak seharusnya menutup persoalan mengenai kelewatan pelaksanaan tahanan rumah antara 6 hingga 10 November lalu.
“Pelaksanaan tahanan rumah tidak memadamkan kelewatan. Penyelesaian tidak menggugurkan pertanggungjawaban. Peguam Negara mesti menjawab mengapa penangguhan berlaku dan siapa yang bertanggungjawab,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rakyat Melaka Bijak Memilih, Bukan Cari Pelakon Tetapi Pemimpin
- Abu Bakar Sabudin Automatik Tergugur Keahlian UMNO – Sumali
- Manifesto BN Realistik, Sasar 25 Juta Pelancong Ke Melaka Bukan Hanya Angka
Undi Awal PRN Melaka: Penghargaan Buat Petugas Barisan Hadapan
Beliau juga mempersoalkan mengapa pelaksanaan tahanan rumah sebelum ini ditangguhkan atas alasan kekaburan dan implikasi undang-undang, sedangkan ia akhirnya dapat dilaksanakan selepas keputusan Mahkamah Tinggi.
Persoalan turut dibangkitkan mengenai tindakan AGC yang didakwa belum menyelaraskan lebih awal sebarang keperluan pembetulan dokumen atau pengeluaran waran baharu sekiranya perkara itu menjadi punca kelewatan.
Menurutnya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengeluarkan Warta Kerajaan Persekutuan pada 6 November di bawah Akta Penjara 1995 bagi menetapkan kediaman di Langgak Duta sebagai tempat tahanan yang sah.
Sehubungan itu, ujarnya, Sekretariat mahu AGC menjelaskan asas undang-undang yang digunakan bagi mengekalkan Najib di Penjara Kajang sepanjang tempoh empat hari berkenaan, termasuk sama ada perintah penangguhan mahkamah diperoleh.
Selain itu, peranan Peguam Negara dalam proses pertimbangan Lembaga Pengampunan pada 18 September 2026 turut dipersoalkan, khususnya sama ada isu tafsiran dan implikasi pelaksanaan telah dibangkitkan ketika proses berkenaan berlangsung.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan ‘Trial And Error’, Teruskan Kesinambungan – Siti Aminah
- Manifesto Bersama BN-PN Angkat Agenda Kebajikan Rakyat
- UMNO Pagoh Buat Laporan Polis Isu Titah Tahanan Rumah Najib
Pentas Gelombang Biru BN-PN Seluruh Melaka, Suntik Semangat Jentera
Sekretariat terbabit turut membangkitkan keperluan penyelarasan berhubung baki hukuman kes SRC International serta implikasinya terhadap tarikh permulaan hukuman bagi kes 1MDB.
Dalam perkembangan sama, beliau mengecam kenyataan pemimpin Dap, Anthony Loke dan Nga Kor Ming yang dianggap mempertikaikan keputusan berkaitan institusi diraja.
“Kami juga meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh memberikan penjelasan berhubung kenyataannya mengenai peletakan jawatan Anthony Loke serta pendiriannya sebagai anggota Lembaga Pengampunan.”
Desaknya lagi, langkah sewajarnya perlu diambil melalui proses yang sah untuk merehatkan Peguam Negara sementara sebuah badan penilaian bebas menjalankan semakan menyeluruh terhadap pengendalian kes berkenaan.
“Titah Diraja wajib dijunjung, perintah mahkamah wajib dipatuhi dan keadilan tidak boleh sesekali dijadikan alat percaturan politik,” menurutnya lagi. – UMNO Online
Tahanan Rumah Diluluskan, AG Mesti Jawab Penangguhan Empat Hari
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRN Melaka: Ahmad Zahid Ucap Selamat Mengundi Kepada Pengundi Awal
- Aduan Rakyat Bukan Sekadar Didengar, Mahu Penyelesaian – Abdul Hakim
- ‘Jangan Mudah Terpengaruh Permainan Politik Media Sosial’
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
BN Asas Pembangunan Melaka, Teruskan Kesinambungan – Ahmad Shabery
You must be logged in to post a comment.