MARA Perluas Akses Pendidikan Tinggi Dan TVET

MARA Perluas Akses Pendidikan Tinggi Dan TVET

MARA Perluas Akses Pendidikan Tinggi Dan TVET

ALOR GAJAH, 11 Nov – Pengerusi MARA merangkap Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, hari ini bersama-sama anak-anak muda sekitar Parlimen Alor Gajah dan Tangga Batu dalam Majlis Jelajah Pendidikan Tinggi & TVET MARA Negeri Melaka 2026 Peringkat Alor Gajah dan Tangga Batu.

Program yang berlangsung di Dewan Besar Kampung Machap Umboo itu merupakan inisiatif anjuran bersama Kerajaan Negeri Melaka dan Yayasan Pelajaran MARA (YPM) sebagai manifestasi komitmen berterusan MARA dalam memperluas akses pendidikan tinggi serta memperkasa bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Menerusi program berkenaan, para pelajar dan ibu bapa berpeluang mendapatkan maklumat secara langsung mengenai institusi pendidikan MARA, pilihan kursus, syarat kemasukan, laluan TVET serta peluang bantuan dan pembiayaan pendidikan yang disediakan.

Menurut Asyraf Wajdi, usaha berkenaan penting bagi memastikan anak-anak muda, khususnya di kawasan luar bandar, tidak tercicir daripada peluang melanjutkan pengajian akibat kekurangan maklumat dan pendedahan.

“Kita tidak mahu ada anak-anak muda, khususnya di kawasan luar bandar, yang tercicir daripada peluang melanjutkan pengajian hanya kerana kekurangan maklumat dan pendedahan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Melaka Teruskan Gelombang Biru, Manifesto Jadi Taruhan


“Insya-Allah, MARA akan terus komited membawa peluang pendidikan lebih dekat kepada masyarakat agar lebih ramai anak bangsa dapat melakar masa depan yang cemerlang melalui ekosistem pendidikan MARA,” katanya lagi. – UMNO Online

MARA Perluas Akses Pendidikan Tinggi Dan TVET


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Politik Identiti: Jangan Sampai Kita Lupa Hikmah Sejarah

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker