Pindaan Pengasingan Peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya Diteliti – Azalina

Pindaan Pengasingan Peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya Diteliti – Azalina

Pindaan Pengasingan Peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya Diteliti – Azalina

KUALA LUMPUR, 11 Nov – Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Mengenai Pindaan Perlembagaan Berkaitan Pengasingan Peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya telah meneliti pembentangan serta maklum balas terkini daripada Jabatan Peguam Negara (AGC).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, penelitian itu dibuat susulan perkara-perkara yang dibangkitkan semasa Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-270 yang lalu.

“JKPK telah meneliti cadangan pindaan yang dikemukakan oleh AGC, khususnya bagi memastikan perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Majlis Raja-Raja diberikan pertimbangan sewajarnya dalam memperkukuh kerangka perundangan bagi pelaksanaan reformasi ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Malaysia menegaskan bahawa langkah tersebut dilaksanakan agar selari dengan prinsip Raja Berperlembagaan serta keluhuran Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Azalina, mesyuarat jawatankuasa tersebut turut memutuskan untuk menyampaikan cadangan pindaan terbaru berkenaan kepada Mesyuarat Jemaah Menteri bagi tindakan selanjutnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Melaka Teruskan Gelombang Biru, Manifesto Jadi Taruhan


“Kami kekal komited untuk memastikan reformasi pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya ini dilaksanakan secara teliti dan berlandaskan Perlembagaan.

“Usaha berterusan ini adalah demi memperkukuh kebebasan institusi pendakwaan, meningkatkan akauntabiliti, serta memantapkan keyakinan rakyat terhadap sistem keadilan negara,” tambahnya lagi.

Mesyuarat JKPK berkenaan dipengerusikan oleh Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang dan turut dihadiri ahli-ahli jawatankuasa mewakili pelbagai kawasan Parlimen termasuk Parit Sulong, Selayang, Bangi, Bukit Gelugor, Kota Bharu, Beluran, dan Muar. – UMNO Online

Pindaan Pengasingan Peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya Diteliti – Azalina


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PRN Melaka: Waspada Ancaman Serangan Siber Menjelang Hari Pengundian

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker