Peletakan Jawatan Loke: Institusi Raja Perlu Dihormati
Peletakan Jawatan Loke: Institusi Raja Perlu Dihormati

Saya mengambil maklum keputusan YB Anthony Loke meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan berkuat kuasa serta-merta semalam, 10 November 2026, susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung pelaksanaan baki hukuman Datuk Seri Najib Tun Razak melalui tahanan rumah.
Untuk berlaku adil, keputusan meletakkan jawatan ialah hak seseorang pemimpin. Namun, apabila peletakan jawatan itu dikaitkan secara langsung dengan pelaksanaan keputusan mahkamah serta pengampunan bersyarat yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, tindakan tersebut wajar dibincangkan secara terbuka dan matang.
Rakyat perlu memahami kronologi perkara ini. Pada 18 September 2026, Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pengampunan bersyarat terhadap Datuk Seri Najib. Antara syarat yang ditetapkan ialah pembayaran denda RM50 juta. Isu yang timbul selepas itu berkaitan cara baki hukuman tersebut dilaksanakan.
Semalam, atas permohonan Jabatan Peguam Negara, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengeluarkan perintah baharu selepas meneliti dokumen pengampunan bersyarat, bukti pembayaran denda dan bahan berkaitan.
Keputusan mahkamah ini menjelaskan tiga perkara yang tidak boleh dikelirukan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- BN-PN Lendu Sepakat, Fokus Hari Mengundi – Abdul Hakim
- MARA Perluas Akses Pendidikan Tinggi Dan TVET
- Tahanan Rumah Diluluskan, AG Mesti Jawab Penangguhan Empat Hari
PRN Melaka: Waspada Ancaman Serangan Siber Menjelang Hari Pengundian
𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗮, pengampunan ialah kuasa Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan. Ia bukan keputusan mana-mana parti politik, dan bukan hadiah mana-mana pihak.
𝗞𝗲𝗱𝘂𝗮, cara pelaksanaannya diputuskan oleh mahkamah secara terbuka, atas permohonan Peguam Negara sendiri. Tiada jalan pintas dan tiada layanan di luar proses undang-undang.
𝗞𝗲𝘁𝗶𝗴𝗮, tahanan rumah bukan pembebasan. Hukuman tetap berjalan, denda RM50 juta telah dilunaskan, dan tarikh setiap peringkat hukuman dinyatakan dengan jelas dalam perintah mahkamah.
YB Loke sendiri menyatakan bahawa Dap menghormati kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong. Saya menyambut baik kenyataan itu. Namun, penghormatan tidak boleh berhenti pada lafaz atau kata-kata.
Apabila seorang anggota Jemaah Menteri meninggalkan Kabinet tepat pada hari perkenan Seri Paduka dan perintah mahkamah dilaksanakan, mesej yang sampai kepada rakyat ialah bantahan terhadap pelaksanaan itu sendiri. Kita tidak boleh menghormati sesuatu kuasa, tetapi pada masa sama menolak hasil apabila kuasa itu digunakan mengikut Perlembagaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Manifesto BN Realistik, Komitmen Boleh Ditunaikan – Abdul Razak
- Kerjasama BN-PN Perkukuh Gerak Kerja Ngwe Di Machap Jaya
- Pelan Pembangunan Lima Tahun Jadi Keutamaan Jezlee Di Sungai Rambai

Setiap parti berhak mempunyai pendirian. Perjuangan menolak rasuah juga bukan milik mana-mana satu parti. Tetapi prinsip itu dipertahankan dengan menghormati proses undang-undang hingga ke penghujungnya, termasuk apabila keputusannya tidak selari dengan kehendak kita.
Dalam Kerajaan Perpaduan, perbezaan pendirian wajar disuarakan melalui saluran yang ada. Ia tidak wajar dizahirkan dengan cara yang boleh menimbulkan tanggapan bahawa perkenan Yang di-Pertuan Agong dan perintah mahkamah boleh dipersoalkan mengikut selera politik.
Saya juga ingin bertanya kepada YB Loke, ketika beliau membuat keputusan meletakkan jawatan, adakah beliau terfikir kementerian itu memikul urusan pengangkutan awam, keselamatan jalan raya dan projek yang dinanti rakyat, termasuk di Johor. Urusan rakyat tidak boleh menjadi mangsa polemik politik.
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak pengumuman padah dibuatnya.
Saya menyeru semua pihak, tanpa mengira parti, supaya menutup polemik ini dengan menghormati keputusan yang telah dibuat. Tumpuan kita mesti kembali kepada ekonomi, kos sara hidup dan khidmat kepada rakyat.
Kita boleh berbeza pendirian. Tetapi kita tidak boleh berbeza dalam menjunjung institusi Raja dan mendaulatkan undang-undang.
YB Mohd Hairi Mad Shah
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO
Peletakan Jawatan Loke: Institusi Raja Perlu Dihormati
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Letak Jawatan Isu Pengampunan Agong Bukan Bukti Berprinsip
- Ab Rauf Seru Pengundi Melaka Keluar Mengundi 14 November Ini
- ‘Orang Duyong Tahu Nilai Khidmat Bakti Saya’ – Helmy
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pindaan Pengasingan Peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya Diteliti – Azalina
You must be logged in to post a comment.