Kalau kasut harga puluhan ribu letak di kaki, kenapa bila tudung mahal cakap riyak?

Haliza Maysuri pertahankan harga tudung mahalnya.

Kalau kasut harga puluhan ribu letak di kaki, kenapa bila tudung mahal cakap riyak?

JUTAWAN tudung dan pemilik Bawal Exclusive, Haliza Maysuri menegaskan syarikatnya masih memegang rekod tudung termahal di dunia dengan harga bernilai RM150,000 untuk sehelai tudung.

Nilai itu sekali gus memadamkan rekod sendiri pada tahun 2020 menerusi sehelai tudung berharga RM100,000.



“Bawal Exclusive masih pegang rekod tudung termahal di dunia pada tahun 2020. Apabila semakin hari semakin kreatif buat rekaan terkini, hari ini terhasilah tudung berharga RM150,000. Ia hanya sehelai sahaja,” katanya kepada Gempak.

Tambah Haliza, bagaimanapun tudung berharga ratusan ribu itu enggan didedahkan nama pemilik bagi mengelakkan isu berkaitan keselamatan.
Mengulas mengenai harga tudung mahal mencecah ratusan ribu ringgit, Haliza punyai rasionalnya sendiri.

“Untuk pengetahuan apabila tudung eksklusif ini, pembelinya minta dirahsiakan.

“Di Malaysia ini biasalah, kalau pakai tudung mahal sikit cakap riyaklah, nak menujuklah.



“Sedangkan kalau kasut harga belasan ribu letak di kaki, rakyat Malaysia sangatlah bangga. Kalau beg harga puluhan ribu, kenapa tidak tudung.

“Tapi, rakyat Malaysia tak boleh nak terima lagi bahawasanya harga tudung belasan atau ratusan ribu,” tegasnya. Gempak

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Restoran Pak Mat Western kena kecam (Video)

As’ad Motawh anggap sekolah hanya buang masa (Video)



Kenapa Dr. Zulkifli memilih perkhidmatan Starlink?

Perbualan Whatsapps pemain TRW tersebar



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker