Kumpulan Houthi lancar serangan dron, peluru berpandu di Laut Merah

Kumpulan Houthi lancar serangan dron, peluru berpandu di Laut Merah

Kumpulan Houthi yang berpangkalan di Yaman melancarkan beberapa siri serangan dron dan peluru berpandu di selatan Laut Merah pada Selasa, menurut Komando Pusat AS (CENTCOM), lapor Xinhua.

Dalam satu kenyataan di X, CENTCOM berkata, tiada kecederaan atau kerosakan dilaporkan akibat serangan itu.



Sebagai tindak balas kepada serangan udara Israel ke atas Gaza dan “solidariti dengan rakyat Palestin”, Houthi telah melancarkan serangan ke atas kapal-kapal komersial sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Sementara itu, Sputnik melaporkan bahawa Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya baru-baru ini menembak jatuh dron dan peluru berpandu yang dilancarkan oleh Houthi dari Yaman ke selatan Laut Merah.

“Pada 9 Januari, kira-kira jam 9.15 malam (waktu Sanaa) (20:15 GMT), Houthi yang disokong Iran melancarkan serangan menggunakan pesawat tanpa pemandu (UAV) secara sehala, peluru berpandu anti-kapal dan peluru berpandu balistik anti-kapal dari kawasan yang dikuasai Houthi di Yaman ke selatan Laut Merah, ke arah laluan perkapalan antarabangsa yang banyak digunakan kapal dagang,” menurut kenyataan CENTCOM, semalam.

Menurut CENTCOM sebanyak 18 serangan dron, dua peluru berpandu anti-kapal dan satu peluru berpandu balistik anti-kapal telah ditembak jatuh menerusi usaha bersama oleh jet pejuang F-18 Amerika Syarikat dari kapal pengangkut pesawat USS Dwight D. Eisenhower dan kapal perang Amerika Syarikat dan United Kingdom.



CENTCOM berkata, tiada kecederaan atau kerosakan dilaporkan dalam serangan itu.

Menurut kenyataan CENTCOM setakat ini, Houthi telah melancarkan 26 serangan ke atas laluan perkapalan komersial di Laut Merah sejak 19 Nov. BH

Kumpulan Houthi lancar serangan dron, peluru berpandu di Laut Merah

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rosyam saran buka rumah pelacuran untuk warga asing

Nabila Huda mengamuk, mahu dedah semua kejahatan



Saiful Apek beri nasihat makan dalam semasa ziarah jenazah arwah Hamdan (Video)

Shuib selamatkan Ajak terkandas di pulau dengan helikopter



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker