Detik cemas wanita hanyut bersama kereta dalam longkang [VIDEO]

JOHOR BAHRU: Dua wanita berdepan detik cemas apabila kereta dinaiki mereka dihanyutkan arus deras selepas ia terbabas ke longkang di Jalan Johor Bahru-Mersing hari ini.

Video berdurasi 14 saat mengenai detik cemas itu turut tular di media sosial memaparkan detik seorang wanita yang berpakaian gelap berpaut pada bahagian belakang kereta yang dihanyutkan arus, sambil meminta tolong.

Turut kelihatan tindakan berani seorang lelaki terjun ke longkang untuk menyelamatkan wanita berkenaan.



Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitendan Hussin Zamora mengesahkan kejadian membabitkan kereta dinaiki dua wanita berusia berusia 37 dan 43 tahun.

“Siasatan awal mendapati kereta terbabit terbabas ketika melalui jalan dinaiki air dan masuk ke longkang besar sebelah kanan jalan menghala Kota Tinggi.

“Kedua-dua mangsa diselamatkan orang awam apabila kenderaan dihanyutkan arus air yang deras.



“Pemandu tidak mengalami kecederaan, manakala penumpang cedera ringan dan mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Kota Tinggi,” katanya satu laporan polis turut diterima mengenai kejadian itu.

Dalam pada itu, Hussin menasihatkan orang awam lebih peka dan mematuhi peraturan lalu lintas untuk keselamatan bersama, terutama ketika musim tengkujuh.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Restoran Pak Mat Western kena kecam (Video)

As’ad Motawh anggap sekolah hanya buang masa (Video)



Kenapa Dr. Zulkifli memilih perkhidmatan Starlink?

Perbualan Whatsapps pemain TRW tersebar



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker