Puteri Sarah kesal Nurul Shuhada cetus gosip kahwin dengan Andi

Puteri Sarah kesal Nurul Shuhada cetus gosip kahwin dengan Andi

Pelakon sensasi, Puteri Sarah Liyana, 39, kesal gosip mendakwanya bakal berkahwin dengan rakan perniagaan yang juga aktor Indonesia, Andi Arsyil, 37, semakin kecoh.

Puteri Sarah berkata, dia kurang selesa kerana dakwaan berkenaan boleh menimbulkan fitnah, apatah lagi, dia dan Andi hanya teman rapat dan sedang giat menjalankan perniagaan produk penjagaan kulit dan tudung bersama.



“Hubungan saya dengan Andi buat masa ini memang hanya rakan perniagaan, di mana kami jual produk penjagaan kulit dan tudung bersama. Ia tidak lebih daripada itu pun.

“Saya tak suka bila ada orang keluarkan kenyataan sedemikian kerana ia boleh mendatangkan fitnah. Kalau Andi tahu, dia pun mungkin tak suka.

“Untuk seseorang keluarkan kenyataan begitu bagi pihak saya, itu memang tak manis.

“Kawan-kawan saya pun tak pernah cakap atau keluarkan kenyataan begitu. Tiba-tiba, seseorang memandai-mandai keluarkan kenyataan begitu,” katanya kepada BH Online.



Terdahulu, bekas isteri Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri beri bayangan Puteri Sarah bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Menerusi komen di ruangan hantaran aktivis sosial, Farah Lee yang berkongsi foto kahwinnya, Nurul Shuhada mengucapkan tahniah dan menyebut nama Puteri Sarah bakal menyusul.

Ditanya sama ada mempunyai perancangan berkahwin buat kali kedua, bekas isteri pelakon dan pengarah kontroversi, Syamsul Yusof itu masih belum berfikir ke arah itu.

“Bukan sekarang dan belum masanya lagi. Sekarang, saya nak fokus kepada anak-anak dan perniagaan. Insya-Allah, saya akan mulakan penggambaran semula pada akhir bulan ini.



“Sekarang, saya memang 100 peratus tumpukan kepada perniagaan selepas selesai penggambaran beberapa drama dan teater selesai,” katanya.

Sebelum ini, Puteri Sarah pernah mendirikan rumah tangga bersama Syamsul 8 Mac 2014.

Bagaimanapun, pasangan itu bercerai talak satu pada 14 Jun tahun lalu.

Hasil perkongsian hidup, Puteri Sarah dan Syamsul dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 7, dan Summayah, 5. BH



Puteri Sarah kesal Nurul Shuhada cetus gosip kahwin dengan Andi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rosyam saran buka rumah pelacuran untuk warga asing



Nabila Huda mengamuk, mahu dedah semua kejahatan

Saiful Apek beri nasihat makan dalam semasa ziarah jenazah arwah Hamdan (Video)



Shuib selamatkan Ajak terkandas di pulau dengan helikopter

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker